Aku terbaca satu artikel yang ditulis oleh Dr Haji Juanda (Perunding Undang-undang Keluarga Islam) dalam majalah Mingguan Wanita (1-7 Julai 2011)
Apa yang isteri BENCI tapi suami SUKA?
Sebagai isteri, mesti anda benci jika suami suka membuat perbandingan dengan orang lain yang anda bukan orang yang boleh diharapkan, panda memasak, mengurus rumah dan anak-anak.
Sebagai lelaki atau suami, anda mesti ingat wanita itulah yang anda mahu kahwini dan hidup hingga akhir hayat dan masuk syurga bersama. Anda perlu ingat, melemahkan jiwa isteri dengan menafikan kebaikkannya bermakna anda tidak tahu BERSYUKUR.Bukan isteri sahaja yang selalu disebut-sebut menjadi penghuni neraka kerana tidak bersyukur pada suami, padahal suami-suami pun tak kalah ramai yang berperangai begini..Dahlah isteri menjaga anak tetap sihat, pandai dan beriman. Tak meminta kecuali yang diberi, tak menuntut apa yang suami tak mampu.
Antara perkara lain yang isteri benci adalah suami yang tidak boleh dirunding, semua keputusan berada di tangannya.Padahal Allah SWR menyindir suami dalam firmannya "Jika mereka (isteri) mentaatimu janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka."(Surah Al-Nisa ayat:34)
Tiada dalil dalam Al-Quran dan hadis menyokong suami adalah DIKTATOR, agama kita memberi hak secara adil kepada setiap insan tak kira suami atau isteri.
'Wahai suami, tidak perlu jatuhkan maruah isteri anda, meremehkan usahanya, memandang sempurna wanita lain kecuali anda sendiri yang bermasaalah. Wanita yang anda pandang hebat itu sebenarnya baru satu sifat yang anda tahu..
Simpati sang isteri, yang banyak berkorban untuk keluarga mencari nafkah, belanja susu anak dan makan pakai membantu suami.Tidakkah kau nampak pengorbanannya.Mengapa hanya yang BUSUK sahaja kau nampak.
Aku tahu, ramai diluar sana mengalami banyak konflik.Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri, tapi apa yang selalu dihadapi oleh pasangan adalah EGO dan MISSCOMMUNICATION atau ORANG KETIGA (tak semestinya kekasih hati mungkin mak bapak/mertua/ipar duai)
'Suami pula mengata isteri pemalas, kerja duduk saja tak mampu hasilkan apa-apa dan suka menyusahkan suami.Dia tak rasa lagi menjadi suami yang pening terpaksa uruskan anak-anak sebab isteri bekerja, tak dapat layanan kerana isteri sibuk melayan pelanggan'
Wahai lelaki, jika anda mahukan kesempurnaan dalam hidup kerana anda dididik oleh keluarga begitu sedangkan hakikatnya tidak juga, cerminlah diri.Tiada wanita yang sempurna melainkan bidadari syurga.Kamu mahu bidadari syurga pun kamu mesti jadi suami,lelaki yang baik dan beriman.
No comments:
Post a Comment