Hari ini aku baru start kerja, semalam terpaksa EL sebab Humairah batuk selsema teruk so aku bawa dia ke specialist di Az Zahra Bangi.Jumpa lagi Dr. Nik Rose buat kali kedua. Before this kakak memang kena batuk dan terpaksa ambik neb.Kali ni kakak kene ambik neb lagi sebab kahak dan pernafasan yang agak tersekat. Meraung sakan dia bila jumpa Dr Nik Rose, dia ingat rupanya dengan Dr tu sebab dia kene paksa nganga dan buang hingus.Dr. kelihatan mengerti, kakak membebel2 dengan bahasa baby yang aku pun tak faham.Adoii..kakak ni macam parrot ler..cakap tak berhenti..bahasa German %^*&(_)&^% semua keluar.Marah betul dia..heheh tapi papa looks so cool.Then bila turn kene ambik neb, sepanjang masa tu dia meraung tanpa henti.Adoiii!! Kakak..satu hospital ni dengar kau meraung..yang kelakar sambil meraung sambil jilat alat neb tu.Lawak ler kakak ni, sempat lagi jilat alat neb tu.
Balik dari hospital, ingat nak masuk office, tapi instinct aku, sure kakak demam ni.Jadi aku bercadang ambik EL jek, nasib baik bos memahami orang ada anak kecik.Bila u all ada anak kecik lagi faham.Ini lah dugaan membesarkan anak-anak.Macam tu rasanya mak kita jaga kita masa sakit.Sangat susah hati dan tidak tidur malam.
Walaupun kakak tak sihat, tapi dia ceria dan suka bermain, itu yang aku lega.If dia tidur sahaja, sure aku lagi risau.Petang tu tiba-tiba temperature naik dekat 40 degree,cepat-cepat sumbat ubat bontot.Nasib baik adik ipar aku ada membantu, kalau tidak sure aku dah kalut.Sebab si adik pun berebut nak mama dia,adui..kakak sakit adik meragam nak bermanja.Cabaran besar jaga anak kembar ni.
Malam sebelum tidur kakak nampak aktif dan suka bermain ,kakak tidur pun agak nyenyak dan kurang meragam, banyak kali juga dia menyusu.Before aku pergi kerja dia dah bangun dan buat lawak, tepuk tangan sambil pejam mata.
No comments:
Post a Comment