Check This Out Babe!

Monday 25 July 2011

Melayu Mudah Lupa

Salam hormat,

Teringat sajak Tun Dr. Mahathir yang bertajuk Melayu Mudah Lupa.Hopefully entri ini tidak menyinggung perasaan sesiapa pun, walau hakikat sebenar memang ada.Mohon maaf ye (sempena Bulan Ramadhan).Actually sesiapa pun boleh lupa tanpa mengira bangsa dan agama.Bila dah tua mungkin ingatan semakin menyusut dan jika mahu kurangkan lupa (makan gingko/kismis).

Sebenarnya, baru-baru ini aku dimaklumkan.Siapa AKU?Siapa Rose Ghafar?Eheh..kantoi dah nama aku..:).Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Si Kak S.Kak S bagitau..ala..Rose tu..bla..bla..bla..Aku terkedu.Aik selama aku ber FB dengan dia, dia tak tau and kenal siapa aku. Kalau tak kenal tanya direct.Bukan aku marah pun. Walhal tiap kali ada event kat rumah bapak dia aku pergi. Aiseh..dah ramai sangat sampai tak kenal. Maybe muka aku lagi cun dari dulu kot. Gegegeg

 Aku tak boleh terima sebab:

1. Dulu aku ngaji dengan arwah nenek dia

2. Arwah mak dia bestfriend dengan mak aku (hakikatnya aku sayangkan arwah mak dia macam mak aku;aku nangis bila dia meninggal dunia)

3. Mak aku dengan mak dia macam belangkas sebab aktif program sana sini i.e kelas memasak,meeting etc.
4. Arwah bapak aku agak terkenal di kampung aku sebab dia orang paling veteran (masuk politik sure lagi glamour)
5. Bapak dia nikahkan aku

6. Setiap kali arwah mak dia masak sure hantar ke rumah aku(mak dia memang pandai masak and ingat kami-adik dia postman)

7. Jarak rumah kami sekangkang kera

8. Dia pergi belajar ke oversea, mak aku dan aku (tukang ikut) siap hantar ke Airport Subang.(offered by her late motherlah sebab kat kampung dia sorang pi belajar oversea)

9. Mak aku kata dengan ikhlas sumbang duit kat dia pergi belajar (maybe treat her like daughter)

10. Sejak dia dah jadi orang berjaya dan berpengaruh di Malaysia (tak jugak,glamour kat kawan dia je sekarang ni) dengan mak aku pun takde jengah or tanya khabar, kata dekatkan diri pada rakyat.

11.Sejak dah senang, makcik-makcik tua kat kampung kena mengadap kau sebab kau berpangkat.Perlukah sujud pada kau?(Aku terasa sebab aku membesar dengan makcik-makcik tua kat kampung aku, pi ikut mak sana sini dan mereka adalah mak aku juga-majoriti dah meninggal dunia)

 Mungkin dia dah terlupa kerana:
1. Kerja dia terlalu banyak.
2. Selesaikan masalah rakyat yang mungkin memeningkan kepala.
3. Kena berkawan dengan orang berpangkat dan berpengaruh sahaja
4. Kawan dengan orang yang ada kepentingan
5. Saja tak nak ingat sebab takut tergugat..adakah aku menggugat kedudukan dia.Maaflah aku tak berminat nak ambil tempat kamu!!

Hakikat sebenar, kita manusia biasa, segala pangkat dan darjat tidak boleh dibawa ke mati. Hanya iman dan takwa.Ingatlah kejayaan kita kini adalah kerana sokongan moral dari mereka, keluarga, sahabat andai, jiran dan rakan taulan.Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, jangan kita riak,sombong termasuk bodoh sombong.Aku tak kisah dengan dia sebab bukan dia bagi aku duit belanja sekolah atau bagi aku makan.If niat dia ikhlas membantu yang susah dan bukan menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia dan semoga mendapat keberkatan.Tetapi sekiranya dia berjaya namun memandang rendah terhadap kemampuan orang lain, semua itu hanya sementara sahaja.Allah boleh tarik kesenangan kita bila-bila sahaja.Aku bukan nak doakan yang NEGATIVE tapi ini sebagai LESSON LEARNT untuk diri aku.

Moral of the story, aku berkata pada diri aku sendiri, jika aku senang dan berjaya aku perlu  mengingati jasa dan menghargai mereka .Semoga Allah murahkan rezeki aku agar dapat berkongsi rezeki dan membantu mereka yang lemah serta mengelakkan aku dari TERLUPA. BIARLAH DIA DENGAN LABU LABINYA...

2 comments:

  1. hidup ini ibarat roda..
    kita tak tahu bila kita akan berada di bawah..
    Jangan terlalu mendabik dada dengan kesenangan yang ada sebab semuanya pinjaman dariNYA..

    ReplyDelete
  2. yes betul tu aizamia3, apapun kita harus bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah beri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...