Check This Out Babe!

Monday 18 July 2011

Msc in Facility Management


Portraiture with my family

Tahun lepas aku berjaya menamatkan pengajian sarjana pengurusan fasiliti di UiTM.Rindu pula zaman belajar, setiap kali ada kelas pukul 5.30 petang aku dah drive ke fakulti.Kerap juga balik lewat malam dan lepak dengan rakan sekelas di Bintang Walk kat seksyen 7.Nasib baik ada hubby yang boleh memahami.Maklumlah bekerja sambil belajar,memang amat mencabar dan meletihkan.Tapi berbaloi juga penantian selama 2 tahun.Akhirnya aku berjaya melakukannya.YAKIN BOLEH!
Adik-adik diluar sana tu jangan berputus asa, walaupun kita GAGAL dan tidak sebijak orang lain, akhirnya kita berjaya juga jika ada kesungguhan dan FOKUS.

Konvokesyen pada 25 November 2010->with my coursemate Msc in Facility Management

Sebenarnya, ini semua berkat doa dan sokongan keluarga especially doa my mak dan sokongan moral dari hubby.Kalau tak kena paksa dengan dia untuk siapkan thesis,takde maknanya saya boleh grad.
Tips untuk berjaya kena rajin baca buku..heheh,apa yang penting kena banyak tanya kalau tak faham dan banyak buat perbincangan.Anggap lecturer seperti 'teman baik' bukan 'teman istimewa'.
Dahulukala saya ni bukan rajin sangat belajar, rasanya kategori lemah otak jugalah, tapi oleh kerana saya tak mahu terkecuali dari masuk universiti seperti abang-abang saya,saya berusaha dan rezeki menyebelahi saya.Mula-mula saya belajar Diploma Ukur Bahan di UTM, kemudian saya sambung belajar Ijazah Ukur Bahan di UiTM dihatiku.Kedua-dua universiti ni ada kelebihan tersendiri.Tak rugi kita belajar di banyak tempat, sekurang-kurangnya minda kita terbuka dan bukan dibawah tempurung.

Mengapa saya belajar tentang pengurusan fasiliti (Facility Management)?Nanti saya terangkan apa itu pengurusan fasiliti.

3 comments:

  1. Assalamualaikum. post mana yg ada cerita pasal Msc Facilities Management. Saya berminat amik course tu. TQ

    ReplyDelete
  2. Salam, menarik blog akak ni.. sy pun tengah berniat nak sambung master in fm sbb degree sy dalam bidang yang sama. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...