Salam,
Leganya satu report aku dapat siapkan, ada lagi report yang menyusul dan berebut-rebut suruh aku siapkan. Take 5 minutes make this entry..because I FEEL HOT!!
Ada mulut seorang hamba Allah ni, memang tak ada insurans. Sabar ajalah. Hari ini ada ceramah agama mengenai 'Ramadhan'. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Sebenarnya aku terlupa hari ini ada ceramah agama sebab terlaku leka menyiapkan kerja. Pelik tiba-tiba office aku lengang dan sunyi sepi.Yang tinggal hanya geng aku, sebab memang banyak perkara kena siapkan.
Semasa aku sibuk mengutip report di printer (kami kena kongsi printer maklumlah belanja berhemah), tiba-tiba seorang hamba Allah ni berkata.'Ruginya tak pergi'. Aku nampak ramai dah masuk office dengan membawa 'bontrot' (bahasa Jawa) buah tangan, kuih kot.Sambil dia berkata tu, dia memandang muka aku dan aku memandang dia. Tapi aku wat muka seposen je lah.Nak je aku bagitahu, kau nampak tak aku tengah buat kerja.Patutlah dia setakat jawatan itu, sebab mentaliti dan kelulusan dia. Aku bukan nak mengata, tapi sebagai orang dewasa dan beragama, tahukah kamu, pekerjaan yang kita lakukan ini suatu ibadah dan mendengar ceramah itu hanya satu bonus (jika takde kerja takpelah) untuk kamu mendapat pahala.Takkan sebab datang dengar ceramah dan dapat kuih sepeket nak bising-bising. Dengar ceramah bukan masa pejabat sahaja, di mana-mana pun boleh.Pergi kedai Makan Zaza dapat ceramah free dr Ustaz Kazim.
Sebagai officer, kami tidak menghalang kamu membuat ibadat dalam masa waktu bekerja, tapi pandai-pandai gunakan masa yang sesuai dan keizinan bos kamu (melainkan bos sporting).Apa yang penting laksanakan tugas kamu sewajarnya.
No comments:
Post a Comment