Check This Out Babe!

Tuesday, 9 August 2011

Bonus raya...Alhamdulillah

Assalamualaikum

Bangun tidur je dapat makluman dari kawan aku.Tahun ni dapat bonus at least RM500.That's the minima amount will be paid to the government officer. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya staff sokongan dapat kurang bebanan menyambut hari raya.Itu bagi staff yang tak ada pendapatan sampingan.Kalau staff yang ada banyak duit sampingan. lagi masyuk.

Sekurang-kurangnya kerajaan prihatin tentang kakitangan kerajaan, walaupun tidak mendapat bonus berbulan-bulan.Aku harap kerajaan buat penyelarasan gaji secepat mungkin memandangkan taraf hidup sekarang ini menuntut perbelanjaan yang tinggi. Ramai penjawat awam 'gali lubang tutup lubang', pinjam personal loan untuk sara hidup, pelajaran anak-anak etc.

Kita kena menyimpan dan belanja berhemah bermula dari rumah.Bukan dalam jabatan kerajaan sahaja, yang mana menuntut akauntabiliti awam.Semakin membesar anak-anak semakin banyak belanja.Kecik-kecik kena beli pampers dan susu, bila dah besar pandai demand,maka hampir sama dengan perbelanjaan orang dewasa. Masuk sekolah je dah kena hantar tuition, nak bagi anak pandai.Sebagai ibu bapa prlu rancang perbelanjaan anak-anak, masuk takaful,invest emas,dinar or unit trust.

Aku kecik-kecik dulu bawak duit belanja cuma 20-50 sen sehari (sekolah rendah), RM1.00-RM5.00 sehari(sekolah menengah).Tapi sekarang budak-budak boleh bawak RM10.00 sehari.Lagi 10-15 tahun berapa RM agaknya anak-anak kita belanja.Itupun, kalau time tu Malaysia aman damai dan stabil.

Wahai penjawat awam, kita bekerja untuk rakyat dan gaji kita dibayar oleh rakyat.Bonus adalah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan, banyak untung banyaklah dapat.Sikit untung sikitlah dapat.Moral of the story, setiap jabatan kena belanja berhemah dan used the money wisely.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...