Assalamualaikum
Aku rasa tajuk entri ni macam budak sekolah rendah atau zaman kanak-kanak Ribena je.Sebenarnya aku bukan kering idea, tetapi oleh kerana aku suka berangan banyak maka aku nak kongsikan bersama supaya jadikan tauladan.
Aku teringat masa sekolah rendah, Cikgu Azizah (Tengku Mariam School) mesti akan tanya kita dan catat dalam buku.Apa cita-cita kamu?Aku masa tu tak tau apa pun.Bukan ada pendedahan pasal kerjaya ni.maklumlah, emak aku orang kampung penanam koko (pekebun) dan arwah bapak aku tinggalkan tanah pertanian (hasilnya kini kelapa sawit-Abang Long yang rajin tanam).
1)Cikgu
2)Jururawat
3)Polis
Ini je yang aku tahu,,setiap tahun duk ulang benda sama saja.Lainlah sekarang ni, Doktor, Engineer, Architect,Contractor etc. Aku mendapat kesedaran apabila Abang Uda aku yang sedang belajar di UTM.Eh..masa tu dia dah kerja.Dia kata..Adik..dah besar nanti jadi nie:
1)Pilot
2)Engineer
3)Pramugari (waduh mana aku cukup tinggi)
Aku masa tu hanya berfikir, maybe sebab abang aku ambil course Engineer Kapalterbang dalam erti kata lain bidang Aeronautical Engineering di UTM dan finally dia berjaya buat Eagle Aircraft di Adelaide, Australia bersama teamnya.That is the 1st aircraft keluaran anak tempatan Mesia di Australia.Ni zaman pemerintahan Tun Mahathir..tengok tu, beliau nak anak Mesia pandai dan hebat macam Omputeh.
Berbalik dengan cita-cita tadi, aku terpilih jurusan ukur bahan.Sebenarnya aku tak tahu apa-apa pasal ukur bahan.After SPM aku isi orang then pilih ukur bahan sebab aku rasakan 'boleh buat duit'.Sebenarnya aku tak sangka boleh memilih jurusan ini, kebetulan ada taklimat seorang lecturer dari UTM di sebuah sekolah, explain pasal ukur bahan.Time tu aku dengar tak dengar je dan tak ambil port langsung.Otak aku time tu, saya nak jadi 'Doktor Haiwan'.
Kenapa aku tak jadi Doktor Haiwan?To be continued..:)

No comments:
Post a Comment