Check This Out Babe!

Wednesday, 21 December 2011

Happy Anniversary!

Alhamdulillah..

Hari ini genap 8 tahun perkahwinan kami.Susah senang pahit manis telah kami lalui bersama.Diharapkan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat dan akhirat kelak.

Sepanjang perkahwinan kami, terlalu banyak onak dan duri dilalui, namun ikatan hati kami tetap kuat dan utuh walau dibadai ombak.Ceewah..bukan Ombak Badai yer.Sebenarnya dalam perkahwinan kita memang menghadapi banyak dugaan dan cabaran.Petuanya adalah kekuatan iman dan kesabaran yang kuat.

Aku harapkan..perjalanan hidup kami dipermudahkan, membesarkan anak-anak bersama sehingga menjadi manusia yang berguna, soleh dan solehah serta berjasa kepada rakyat (macam JKR pulak).Amin

 p/s:love you always forever

2 comments:

  1. happy anniversary.. wah dah 8 tahun yer.. semoga berbahagia selalu hendaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...