Check This Out Babe!

Tuesday, 17 April 2012

Mat Over Pi Mai Pi Mai Tang Tu Kembali Ke Rahmatullah Jam 2 Tadi





Assalamualaikum

Dengar perkhabaran Mat Over atau Sulaiman Yasin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2 ptg tadi.
Arwah sering kali berlakon dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Jika benar berita itu..Al-fatihah buat rohnya..


Sulaiman Yassin ialah pelawak dan pelakon di rangkaian RTM1 dan TV3. Beliau berlakon sebagai 'Mat Over'[1] dalam sitkom popular "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang pernah disiarkan di TV3 arahan Hatta Azad Khan yang berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi. Kisah ini telah dipentaskan beberapa kali sebagai pementasan muzikal.
Sulaiman Yassin menambah watak-watak yang mewakili penduduk pantai timur dengan menggunakan dialek Terengganu yang cukup berkesan. Raut muka yang cengkung, bermisai, rambut kerinting serta tinggi cukup menghiburkan penonton.
Selain bergelar pelawak, Sulaiman juga seorang penyanyi lagu-lagu tradisional. Beliau merupakan teman duet kepada Ratu Pop Tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris dan sering bergandingan dalam banyak persembahan kebudayaan. Sulaiman menjadi pilihan untuk berduet dengan Noraniza setelah kepergian penyanyi veteran Abdullah Chik yang telah kembali ke rahmatullah pada 1993. Lagu Tanda Kasih adalah lagu duet Sulaiman dan Noraniza yang masih popular hingga kini.

sumber:wikipedia



1 comment:

  1. bukan dia yang meninggal dunia la..anak dia la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...