Sekarang ni banyak drama bersiri adaptasi dari novel. Aku lihat ramai orang tak putus-putus membeli novel.Alhamdulillah..ramai juga orang minat membaca tak kira di mana jua, di dalam kereta, komuter, atas motor, bawah katil..semua duk membaca dan melayan perasaan.Ada yang menangis dan ada yang ketawa.Teringin juga aku nak buat drama sendiri tapi bukan adaptasi dari novel..tapi dari pengalaman sendiri.Masalahnya nak menulis skrip pun tak reti.Pendam dalam hati saja ler..
Sebenarnya ada banyak pengajaran dan tauladan dari hidup kita.Aku busan dengan drama sekarang..balik-balik hantu..hantu yang mengarut. Then cerita tentang orang kaya..kawin dengan orang kaya, kikis duit, cinta tiga segi etc.Kelmarin aku tengok Kekasihku Seru..yang menakutkan boleh tengok roh/hantu.Tapi apa yang aku perasan asal citer hantu mesti ada bakar-bakar kemenyan..isk..isk tu dah khurafat dah tu.
Baru-baru ini kisah seorang sahabat yang berjuang mendapatkan hak penjagaan seorang anak perempuannya.Tekanan juga sehinggakan terpaksa makan ubat penenang.Mana tak trauma..kerana sebelum ini bekas suaminya dah kidnapped anak perempuannya.Bayangkan lost contact almost sebulan, tanpa khabar berita.Sahabatku ini terpaksa menculik semula anak perempuannya..sadis benar kisah mereka.Inilah perjuangan ibu dan anak menjadi mangsa perceraian.
Kadang-kadang aku sedih melihat anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.Ada orang lambat dapat anak dan berjuang habis-habisan hingga kadang kala redha dan pasrah. Menangis berhari-hari bila seorang demi seorang sahabat dan saudara mara mengandung dan melahirkan anak.
Tapi orang yang senang dapat anak, bermasalah pula..senang cerai-berai...Ada anak tak dididik dengan sempurna.Didikan agama dan batas pergaulan.
No comments:
Post a Comment