Check This Out Babe!

Friday, 8 June 2012

Hidup Kita Jangan Berlagak dan Riak Perlu Ada Simpati


Assalamualaikum

Apabila terbaca email yang mengatakan Rumah Perlindungan Al Nasuha perlukan bantuan kerana anak yatim terutamanya aku teringat zaman aku kecil dulu.Aku anak YATIM sejak berumur 5 tahun dan aku turut menerima bantuan walau RM10.00 setahun dan sepasang baju raya. Alhamdulillah kini aku berjaya memberi sumbangan kepada negara amnya dan kerana itu aku belajar bersungguh-sungguh dan kini berjaya.

Aku bukan nak mengatakan meminta derma atau sedekah itu hina, tetapi apa yang aku mahu katakan, kita sebagai masyarakat bertanggungjawab membentuk dan membimbing sahsiah anak yatim/fakir miskin menjadi manusia positif.Apa yang penting berikan sedikit bantuan mengikut kemampuan tak kira makan dan pakaian.


KAMI SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN & SUMBANGAN ANDA
Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 

Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL NASUHA 564829000530

Selain dari wang tunai kami secara tetap sentiasa memerlukan barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, bahan-bahan perencah makanan, sabun basuh, sabun mandi, shampoo , pampers , kertas tisu dan lain-lain keperluan asas.

Bantulah kami , kunjungi lah kami. Hubungi kami di 017-9354323 . Kami sentiasa menanti anda

FACEBOOK http://www.facebook.com/bantukami

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih

p/s:Kita jangan  mendabik dada ada itu ini dan menayang kemewahan yang ada.Sifat riak secara tidak langsung pasti ada.Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu berlebihan dengan harta dunia serta makan dan pakai.Tidak menjadi masalah jika kita memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

2 comments:

  1. bantuan baju2 terpakai dorang amik tak, banyak baju2 yang nak let go...masih cantik menarik lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...