Check This Out Babe!

Thursday, 12 July 2012

Tolong Salah Tak Tolong Pun Salah

Apabila bercerita tentang warga emas yang diragut dan mati berpunca dari kejadian itu, memang terasa sedih dihati kerana apabila mengetahui ramai orang yang lalu lalang di situ namun tak endahkan Ah Soo terbaring di tengah jalan.

Mengapa attitude segelintir begitu? Ini kerana persepsi masyarakat kita yang tak mahu masuk campur dan jaga tepi kain orang.Eh ye ker?

Salah seorang rakanku pernah menceritakan suatu kemalangan jalan raya berlaku antara motor dengan student yang menaiki basikal.Kejadian itu berlaku hampir dengan kereta dia semasa hendak lalu di simpang tersebut.Kejadian itu berlaku dengan pantas dan motor itu memang langgar lari..'kuang hajau' kan.Then dia berhenti hendak membantu dan menghantar student berkenaan ke klinik.Tapi apa yang dia dapat..kena marah dan maki oleh orang di situ.Menyalahkan dia yang melanggar budak itu, tetapi nasib baik ada saksi kejadian dan mengatakan bukan rakanku yang langgar.

Ini menunjukkan sikap orang kita cepat melatah dan menunding jari tanpa usul periksa serta menjadi punca 'takut' untuk menolong orang. Fikirkanlah..


4 comments:

  1. kesian kan... kenapalah sampai hati orang tengok jer dia...dah macam kat negara china pulak

    ReplyDelete
  2. kat negara cina, orang yang menolong akan dopertanggungjawabkan untuk tolong sampai sembuh. dengan Kos sendiri. sebab tu kes yg dak kecik kena lenyek tu xde siapa yg menolong

    ReplyDelete
  3. itu maknanya sikap dan pemikiran yang ditanam dalam diri.Memang tepat jangkaan saya siapa yang akan bantu wanita itu kebetulan ia benar belaka.Maka sebagai ibu bapa, kita perlu didik anak2 kita sifat tolong menolong namun mengikut keadaan selamat atau tidak.

    ReplyDelete
  4. pulak.. dh tolong pun kena mrh.. payah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...