Check This Out Babe!

Thursday, 20 June 2013

DOA SEORANG ISTERI SHOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA

DOA SEORANG ISTERI SHOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Wallahua'lam bishshowwab



Ihsan dari: Semanis Kurma TV9

Wednesday, 19 June 2013

Wordless Wednessday:Patutler KFC Sedap..



Krup krap sedapnya ayam KFC :P


Tuesday, 11 June 2013

Ketam Haram!!

Ketam batu haram dimakan ye kawan-kawan. Selalu kita nampak ada orang jual ditepi jalan..ketam tu warna hitam..Tapi kadang-kadang ketam yang dijual tu halal.


Mengapa ketam batu haram dimakan?
Ketam batu kategori hidup di dua alam, tiada mempunyai kaki pendayung..alar yang leper tu.Cuba koranng tengok ketan nipah or nyior.
Tetiba aku teringin nak makan mee kari ketam..huwahuwa..kena pergi mencari mee kari ketam pulak dah..slurrpss




Ketam biru ni semua boleh dimakan ye..ada jenis yang warna merah orange tu pun selalu jual di pasar.
Sekilo RM22 ketam biru.Mahal loo...


Mak aku kata kalau nak tahu musim ketam naik dan isi penuh, sila lihat dilangit heheeh..ada banyak awan berbentuk seperti badan ketam..then bulan penuh.Kalau awan berbentuk sisik dan penuh..ikan banyak naik woo..(kefahaman orang tua). Sila lihat langit pada waktu subuh.Kadang-kadang kebetulan ada ketam dan isi penuh..kalau nak beli ketam kena rasa berat tak isinya.


TIPS : Membeli Kain Untuk Tempahan (Luahan Tukang Jahit)

Assalamualaikum


Siapa nak tempah jahit baju raya!


Tak lama lagi nak puasa, dah habis ganti belum?Bagi yang belum tu segeralah berbuat demikian.Jangan asyik excited nak raya jek..sibuk sana sini nak buat persiapan sambut hari raya.Termasuklah diri aku ni yang sibuk nak buat baju fesyen itu ini.Kami memang selalu beli kain sama jek,senang baik twins,mama dan papa.

Oklaa, i found this tips from my group SIM.It's good knowledge to be shared.Bagi bloggers wanita atau anak dara di luar sana,jika mahu membeli kain perlu hati-hati. Baik di Gulatis or Jakel or Harrisons or sewaktu dengannya.Jika korang membeli kain yang siap potong, sila ukur kain dengan badan sendiri. Semua orang ada saiz XS,S,M,L,XXL so that u must know bidang kain dan panjang kain semua.Kalau tak cukup jadi baju tak cukup kain..sexy yo..

Di Bawah adalah luahan hati si tukang jahit yang perlu korang ambik perhatian.

1- Untuk kawan-kawan yang bersaiz XS, S dan M .Anda boleh membeli kain siap di potong yang banyak di jual,TAPI JANGAN beli kain  yang jenis berkaki, Sebab kain yang siap 
dipotong KEBIASAANNYA tidak cukup 4m walaupun dikatakan 4M, Tak caya sukat kain tu, SELALUNYA 38" sahaja utk 1m, PENIPUAN Yang orang tidak sedar.  BELI Kain minima 4.2M, Kain yg di potong di kedai kain Untuk Kain  yang berkaki atau yang ada border sahaja Untuk kain yang corak bertabur tidak menjadi masalah sekiranya  anda membeli yang siap di potong

2- Untuk Kawan-kawan yang bersaiz L onwards
    TOLONG La JANGAN BELI yang siap di potong Walaupun sangat cantik,
    a- Kalau kain Berkaki atau ada border, tolong beli 4.5m
    b- Kalau corak berterabur Tolong beli minima 4.3 m
    c- Kalau Kain Printed (Batik Crepe Yang cantik peknya)
        tolong buka dan tengok coraknya dulu, TAK SESUAI utk
        saiz XL onwards

3- Untuk Peminat Kain jenis Lace atau nak buat baju bertunang,
    Nikah atau apa-apa saja
    a-  TOLONG LA JANGAN Beli yang siap di potong.
    Cth: Kalau siap dipasang dengan kain sateen, JANGAN lah BELI!Sebab Kain lace tu akan jadi 37" saja per meter, tak cukup pun untuk jahit sehelai baju yang    selesa, biasanya peniaga kain akan bagi 2m kain lace dan 4m kain sateen. Kain Lace sahaja tolong beli 2.5M sekiranya bidangnya 42",  kalau bidang kain lace tu 52" dan bordernya sama atas dan bawah boleh beli 2M sahaja

Saya rasa setakat ini perkongsian saya, harap dapat membantu
mengurangkan stress tukang jahit akibat tak cukup kain terpaksa 
di tampal sana sini, jangan mara....sekiranya terpaksa bayar lebih

Ikhlas dari
Puan Sharipah (Asz Design)
Panel Pembangun Modul untuk Jab. pembangunan Kemahiran


Gunting ni macam mak aku punya

Tuesday, 4 June 2013

Cara Membuat Panggilan Ke Indonesia

Assalamualaikum

Waduh...letih aku dok menelefon nombor ke Medan Indonesia asyik gagal.Call tak dapat-dapat berulang kali cuba..Kalau kita call direct nombor telefon panjang berjela i.e 08234-234-245 sudah semestinya number not in use.Call memang tak masuk langsung sampai aku dah hangin kerana fikirkan nombor telefon tu dah tak wujud.Naik darah juga aku, sampai bibik aku pun kena sembur sebab bagi ajaran salah.Tapi masalahnya nape dia call no guna code macam tu boleh pulak. Bibik aku bagi +0062 sampai kiamat aku dail tak dapat.

Memula aku dail +62 08234-234-245...Argh!! Tak dapat juga.Aku nak je hentak telefon dan lempang bibik..ganas betul majikan.Yelar sebab dia bagitau aku macam tu cara nak call Indonesia.Pelik kenapa telefon aku tak boleh takkan sebab bukan prepaid.Telefon aku line,ada International Roaming, asyik duk tekan Axiata Roam On..semua dah ok.Even aku call cousin kat Singapore and message diorang semua boleh aja.Indon ni payah betul nak dapat.

Oklaa akhirnya aku surf kat internet, dari blog or website tah mana-mana aku tak ingat.Akhirnya aku mendapat idea try and error.
Let me share how to make phone call to Indonesia. Contohnya no telefon 08234-234-245 then cuma tambah +62 iaitu +62 8234-234-245. Pastikan nombor 0 sebelum nombor 8 tu dipadam.


+62 8234-234-245(BETUL)
+62 08234-234-245 (SALAH)
+0062 08234-234-245 (SALAH)



Selesai sudah masalah aku dan akhirnya aku dapat bercakap dengan orang Indonesia.Awat panjang sangat nombor diorang ni..memang payah aku nak hafal nombor panjang-panjang kecuali IC.












Nasib baik aku tak jadi Angry Bird!!

Monday, 3 June 2013

Si Kembar Demam

Kesian Munirah demam panas, malam tadi mama tak boleh tido sebab badan panas, so tindakan pantas dengan mandikan dia, sumbat ubat bontot dan jaram dengan tuala basah. Penat main dan berjalan jauh, balik kampung main dengan kucing dan meronda keliling kampung.

Adik makan mee siput mentah, mama nak gorengkan tak nak..nasib baik tak sakit perut


Kenduri Arwah Temukan Kami Dengan YB Dato' Noraini

Assalamualaikum

Semalam baru balik dari kampung, Alhamdulillah kenduri arwah dan doa selamat mak anjurkan..eceh anjurkan, berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Walaupun takdelaa ramai sangat tapi semua makan dengan kenyang dan siap tapau.

Kebetulan aku balik ke kampung, aku jemput sekali YB Dato' Noraini Ahmad(Kak Nor) Parlimen Parit Sulong. Alhamdulillah beliau sudi ke rumah kami kebetulan dia pun ada pulang ke kampung dan menghadiri jemputan yang lain.Walaupun beliau sibuk bangat, namun sempat juga hadir ke rumah.

Macamana kami kenali beliau..sebab sama-sama membesar di kampung. Arwah ibu beliau adalah bestfriend mak aku dan aku dari kecik hingga nikah semua family dia terlibat..Kecik-kecik aku mengaji dengan Arwah Nek Kamik (nenek Dato'),arwah mak beliau tiap kali masak sure hantar makanan buat kami..masak botok-botok, kek lapis..apa saja ler yang dia masak.Sebab arwah memang pandai masak.AKu nikah pun yang jadi Tok Kadi abah Dato' Noraini.makanya semua related dengan kami sekeluarga.

Bila mak dan Kak Nor bertemu macam jejak kasih..sebab muka Dato' pun macam arwah mak (Hjh. Bechik Othman).Mak cerita balik pada Dato' mak dan arwah mak ibarat adik-beradik dan takkan putus sebab mereka binti Othman..time tu sebak je mak..itu semua kenangan yang memang tak dapat dilupakan.

Apapun, aku respect dengan beliau kerana mendekatkan diri dengan masyarakat dan mendengar masalah penduduk.Anyway tahniah Kak Nor..teruskan perjuangan dan ikhlaskan diri untuk berbakti kepada rakyat Johor amnya. Pastinya Arwah Mak Bechik bangga dengan kejayaan Kak Nor dan adik-adik.Sobs..rindu dengan arwah sebab dia dah macam mak aku gak..


Kemain sayang mak dengan anak Arwah besfren dia maklumlah membesar depan mata.Kami sekeluarga di kampung memang rapat.


Ada macam anak dara tak..ibu beranak 2 dan beranak 3. Apalagi jom try Aurawhite :P

With Baby Mairah


Budak kecik ni pakai tudung tapi dah conteng semua baju dengan pen

Walaupun Dato' Noraini lewat tiba ke rumah, makanan tetap dijamu..special tu nasi beriani gam


Me and Kak Nor.Rupanya aku rendah dari dia..Arwah mak dia lagi comel

Tak sangka sahabat masa sekolah rendah menjadi sebahagian keluargaku kini.Yanti Salleh

Tq for coming sis and others


Ihsan gambar dari camera YB Dato' Noraini 


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar


Orang kuat bekerja dibelakang Dato' Noraini bertudung merah..Kak Izan aka akak ipar aku.


Siapa Dato' Noraini Ahmad?

Berasal dari Batu Pahat Johor (ramai politician lahir dari Batu Pahat ye..)

Anak sulung dari 6 orang adik-beradik

Pernah menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia

Pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia

Jawatan tekini YB Parlimen Parit Sulong

#tak boleh cerita lebih-lebih :)

Work and education


Sumber:https://www.facebook.com/noraini.ahmad.54

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...