Assalamualaikum
Ramadhan semakin hampir dengan kita, siapa yang tak cukup hari ganti puasa tu kena bayar fidyah ler ye?Aku pun akui masih terhegeh-hegeh nak ganti puasa, berat benar iman ini dan hasutan syaitan laknat.Tipis benar iman.Maka dengan kehadiran Ramadhan kali ini, marilah kita bersama-sama memanfaatkan dengan amal ibadah.Amal ibadah bukan saja masa Ramadhan perlu dilakukan,mestilah sepanjang usia , masa dan zaman hingga ke liang lahat. Bila kata mati..pasti rasa seram.Aku pernah bayangkan macamana keadaan kita bila meninggalkan dunia fana.Pastinya rasa takut untuk menghadapinya terutama kesediaan mengadap Ilahi.
Ya Allah..betapa banyaknya dosa yang kulakukan.Akan kucuba untuk perbaiki dan menebus segalanya.Ya Allah ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku..Lindungilah kami dari sesuatu yang menyukarkan.Tunjukkan kami jalan yang diredhai dan cahaya agar hidup kami tenang dan bahagia.Ya Allah benarkanlah diri kami menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya, kehidupan yang lebih tenang dan mendamaikan,persengketaan,kerunsingan dan kekeliruan peribadi. Tanamkan sifat kesederhanaan di dalam diri kami dan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah sepanjang hayat kami.
Aku terfikir, kita sebagai manusia dan hidup bermasyarakat sampai bila kita mahu rasa diri kita di atas.Mahukan penghormatan yang tinggi dan mendabik dada.Kadangkala kita rasa kita adalah yang terbaik dan terbagus dikalangan orang lain, walhal ada yang lebih bagus dari kita. Kita perlu sedari bahawa ada yang lebih susah dan payah untuk mengharungi hidup.
Baru-baru ini seorang sahabat yang memang dikenali sering menonjolkan diri tersangatlah bagus dan gah. Apa yang orang buat dan kata semua tidak betul.Attitute begini membuatkan rakan-rakan terasa agak keterlaluan. Sikap sebegini menyebabkan ramai rakan-rakan menjauhkan diri.Bukan kerana tidak suka tetapi 'malas nak cari pasal'. Moralnya..bersederhanalah sayang kerana jika berterusan sikap perasan DIVA, kamu pasti keseorangan.