Segalanya sudah terbukti dan nyata...kali ini aku operasi block people dalam facebook iaitu orang yang kita percayai.Namun jika ia memudaratkan adalah lebih baik kita singkirkan.Tak kiralah sahabat handai atau saudara mara.
Baru-baru ini sahabat aku bercuti ke Port Dickson, menjadi isu dan buah mulut oleh orang lain..Who cares..lantaklah kan.Bukan usik hidup orang lain pun. Bahana facebook ni memang dahsyat.Hubungan kekeluargaan menjadi renggang apabila ada sesetengah mereka tak puashati dengan aktiviti atau kegiatan yang agak-agak menyenangkan hidup.Tolonglah itu adalah life masing-masing,untuk apa kamu nak cemburu dan sakit hati.
Kes aku pula, sampai seluar dalam pun nak usik.Itu jika melibatkan keluarga.Kadang-kadang kita post gambar kita makan di restoran yang agak mewah pun orang nak sibuk.Adoii..kalau aku kaya sekalipun, suka hati aku nak makan apa.Lagipun bukan kau tahu aku belanja pada siapa dan bersedakah pada siapa.Itu hak aku.Takkan aku nak tayang satu dunia buat amal ibadah.
Sama juga if menulis dalam blog, ramai juga yang tidak berpuashati dengan kehidupan masing-masing.Contohnya orang kaya sharing pengalaman dan kemewahan yang dimiliki.Kita sebagai orang luar baca je kalau suka, tak suka tak perlu kita kondem dia.Itu hak dan rezeki dia..
Tapi apa yang aku nampak kebanyakkan orang Melayu baik dalam keluarga mahupun sahabat handai,pasti ada sedikit sifat dengki.Bila tak suka..siap berdakwah..padahal diri sendiri pun masih tak betul.Cermin diri sendiri jangan asyik menunding jari pada orang lain yang sedikit pun tak kisah dengan kehidupan orang lain.So sesiapa yang ada facebook tu,if ada stalker dan agak-agak rasa macam sampah je dalam friendlist korang, baik delete or block jek.so tak payah juga nak tengok feeds dia.
huhuhu mmg ramai sepsis ini.. kita buat jela mana yg kita selesa.. selagi tak kacau hidup mereka.. other than that... serah pada NYA :)
ReplyDeleteyup tru iza,tapi if melibatkan family tu yang ros tak suka..
Delete