Check This Out Babe!

Friday 22 November 2013

Part II:Melbourne Aku Datang!

Assalamualaikum

Aku nak sambung cerita pasal pengembaraan ke Melbourne, lagi syiok tenang je otak melihat keindahan dan kedamaian di Philip Island.Malaysia memang negara aman, tapi kalau pokok banyak kena tebang,kehijauan dan kesejukan semakin berkurangan di Malaysia especially Cameron Highland, maka kurang indah dah.
Too release our stress it's better go somewhere which can make our mind stay cool and peace.

Pagi-pagi sampai di Philips Island, kami ke Cowes di mana dalam usaha mencari motel yang kami sewa. Kul 8 sampai ke motel.Kalau nak diikutkan kena check in jam 12.Tetapi aku pi juga dan buat muka 10 sen nak check in awal sebab letih dan ada children.Memang aku rekomen motel ni kerana mereka sangat2 friendly dan helpful. 

Tidurlah kat Seahorse Motel ye, if u guys pergi Philips Island pergi ke arah Cowes. Ada banyak motel di sana tapi daripada Booking.com, Seahorse Motel offers harga yang agak berpatutan dan layanan yang baik. Kami tido dalam kesejukan di rumah batu ni, walau ada heater tapi tetap pakai stokin dan nak mandi pun malas..hahah (kami mandi tau..)

Seronok bawak anak-anak di sini sebab ada facilities for them.Apalagi..heaven bila jumpa playground.

Masa ni pagi-pagi dah main buai

This is Seahorse Motel...


Time to sleep, continue semula tido after 8 hours in flights.Timing tido dah lari..

Petang kul 2 baru kami mulakan lawatan sambil belajar.Hari ini belajar cara-cara bela koala


Koala Conservation..tempat ni merupakan kawasan terkawal dan koala suka bertenggek atas pokok.20 jam sehari tido je kejenya..yang 4 jam lagi masa untuk makan.Gemokkan badan je dia tau..


Misi mencari koala


Aku sebenarnya tak tahan dengan bau hancing kencing koala ni.Pokok semua dah botak-botak dek dikerjakan koala.Kalau dah makan tido atas pokok..membuang pun dari atas je lar..


Peace from us..love Koala


Masa nilah kita belajar ilmu zoologi..tentang habitat koala.Twins apa tau..mengusik jek.Tapi as parents perlulah kita explained tentang haiwan-haiwan yang hampir pupus ni.


See Koala Bear tak habis-habis kerjakan pokok.

Posing skit kat kereta sewa kami



 Lepas melawat makcik Koala, kami singgah kejap The Maze Things.Malas nak masuk sebab cam tak best..haha..padahal nak masuk bayar tiket lagi.Cam bazir jek, so kami gerak ke tempat lain.Bawak toddlers ni semua ke Wildlife Park.Tiket dalam 16 aud tapi ada free dedak.Diorang suh kita feeding all the animals kecuali binatang apa tah..nanti kena gigit.







Humairah memang berani bagi kanggaroo makan

Kanggaroo ni dah tak kuasa layan kami sebab dah kenyang kebuntat.Kalau dari pagi pelawat datang bagi makan, sampai petang naik muntah.Ntah-ntah dia dah mual makan banyak

Masa ni Mairah bagi kanggaroo makan, then burung 2 ekor tu..angsa ler tu, dah standby nak menyudu.Kami memang kelam kabut lari takut kene gigit.Sakit woo..aku pernah kena gigit dengan angsa kat kampung.



Bagi makan dengan kasih sayang..

Cuba teka binatang apa ni?Sedap masak kari atau rendang..Ok then to be continue..heheh





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...