Check This Out Babe!

Saturday, 16 November 2013

Independent Distributor Shaklee

I am Independent Distributor SHAKLEE

Semua orang duk sibuk menjual SHAKLEE, aku pun nak jugak..sebab boleh sihat dan jana income.Actually aku focus kat diri aku dan bila mendapat feedback positive dan ada customer mengorder dari aku,so tak rugi jika berkongsi kelebihan pproduct Shaklee ni.
Aku nak share experience makan GLA which is one of the famous vitamin yang wanita wajar makan.Jika korang ada masalah period pain or period tak teratur boleh makan GLA. Since makan GLA ni memang takde rasa sakit-sakit dan period keluar dengan lancarnya.Ada juga yang mengalami cycst,endometriosis and fibroid menjadi kecut setelah makan GLA.




 No. ID: 1079123


Makan 2 biji sehari jika bermasalah, makan sebiji sahaja jika nak kulit cantik dan lambat tua.
.
Borage oil, Sunflower oil and Vitamin E
Shaklee GLA Complex is a combination of borage oil, which contains a natural highly concentration of gamma linolenic acid (GLA), linoleic acid (LA), sunflower oil and vitamin E.

Promote well-being during monthly cycle
Gamma linolenic acid has been traditionally used to relieve menstrual pain, headache, regulate menstruation and to relieve symptoms of menopause.*

No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414


Sesiapa yang nak memberi multivitamin Shaklee bole guna ID aku yer.. 
Anyway sekarang ni sesiapa yang nak beli ViVix ada offer beli 6 botol dapat FREE 1.
So apa kelebihan Vivix ni
 
 Vivix kaya dengan Resveratrol yang diekstrak dari Bahan semulajadi seperti di dalam gambar.

Resveratrol kebiasaannya melindungi badan dari penyakit termasuk:

Penyakit Jantung : Resveratrol membantu mengurangkan keradangan, melindungi pengoksidaan LDL 'kolestrol jahat'.

Kanser : Resveratrol akan mengehadkan pembiakan sel-sel kanser dan akan menggalakkan proses perencatan sel kanser (apoptosis).

Penyakit Alzheimer's : Resveratrol akan melindungi daripada kerosakan sel saraf dan pembinaan plak yang membawa kepada penyakit Alzheimer.

Diabetes : Resveratrol membantu menghalang 'insulin resistance', keadaan dimana badan menjadi kurang sensitif terhadap kesan hormon mengurangkan gula dalam darah. 'Insulin resistance' akan membawa kepada diabetes.

Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix™ berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix™ telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utaa penuaan pada tahap sellular:

>melindungi dan membaiki sellular DNA
>memberi impak positif kepada pengawalan genetik
>menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
>melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)


HARIAN METRO 22/1/2010
Bantu lambat penuaan wajah
Oleh Siti Zarinah Sahibsitizarinah
@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.
RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.
Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan. 

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.
Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.
Vivix boleh didapati menerusi harga ahli Shaklee di semua cawangan Shaklee seluruh negara.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...