Check This Out Babe!

Thursday, 5 December 2013

Ya Allah Kuatkanlah Semangat Mangsa Banjir

Allahuakbar!!!!

Sedih baca, macam nk turun padang ke sana je... Sedih juga sebab family berada di sana.... saudara mara, sahabat2 juga ramai di sana...

Mendengar berita mereka semua berpindah ke sana sini utk menyelamatkan diri... sedihh..

Alhamdulillah, setakat ni family saya di sana selamat..

Semoga semua mangsa di sana juga selamat...

Info terkini, rumah ma abah di permatang badak dah separuh ditenggelami air, air dah kat tingkap...

Barang suma tak dapat diselamatkan... sempat campak pasport n beberapa bnda je... tak sangka pula sampai teruk macam ni.. sebelum ini tak pernah pula...

Haritu pon keluar dgn sehelai dua baju je... kesian baby hawani..

Mesin basuh, freezer yg diangkat juga mungkin dah terbalik kot ditenggelami air... tv,peti ais, sofa, kerusi, meja, almari, katil, baju2, pggang mgkuk, barang baby ank buah yg bru lahir juga mesti dibanjiri air n rosak... Banyak lagi kerosakan yg berlaku..

Paling sedih, ada beberapa dokumen penting dlm laci yg tak sempat diselamatkan, surat beranak, sijil spm adik juga ada di situ.... kata mak saya...

Kereta di atas jalan juga khabarnya air dah sampai seat... MasyaAllah.... subhanallah...Allahuakbar...

Moga Allah lindungi semua mereka yang berada disana...

Status facebook rakan sepejabat ini cukup menyentap perasaan.Alangkah beruntungnya jika aku dapat ke sana membantu tapi tak mampu.Sangat simpati dan sedih dengan keadaan banjir di negeri Pahang, Terengganu dan Johor.
Apa tindakan kerajaan sekarang? Berhimpun dan gelak ketawa di sana, tetapi di negeri terlibat ramai menangis...hello...hello...orang kaya dato datin tan sri..

Bekalan makanan terputus di Kuantan. Kasihan melihat kanak2 kelaparan. Baby xcukup makanan. Warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan tak menang tangan. Tempat penempatan mangsa banjir pun dinaiki air. Tiada alternative selain terpaksa bertahan dalam air. Kasihan pd baby & warga emas lah... Suasana gelap & sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pun kurang. Kami yg jd sukarelawan ni, petang tadi baru dpt makan sebab bekalan makanan tak cukup. Harap2 makin pulih. Tapi info yg kami dpt Magrib tadi, gelombang kedua akan bermula malam ni. Dalam berita Perdana, mereka tak bagitahu hal ni sebab takut orang panic. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik sekali lagi. Dalam berita just bgtau amaran hujan peringkat Jingga. JPA tak menang tgn. Elektrik di sesetengah tempat dah ada tp kebanyakannay tak ada lagi. Sesiapa yg masih ada duit di tgn, keluar sendiri beli makanan. Kebanyakn kedai buka sekejap je utk org beli apa yg patut. Sedi tgk keadaan ni, sayu hati.... Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat ptg td, makan nasi kawah lauk ikan masin jer. Buat masa ini, askar dgn bomba supply blanket tp tak cukup. Kawasan aku banyak dibantu oleh askar. Baru dapat berita sat ni tadi... kebanyakna lori yg bawa telur & roti ditahan di kawasan Maran & ditawarkan harga dua kali ganda dr harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal. Budak2 duk menangis je kelaparan. Area Sg Isap, Jln Gambang, Permatang Badak & Chendering tempat paling teruk. Kemusnahan harta tertinggi setakat ini. Bekalan makanan masih belum sampai. Doakan kami semua selamat. Terkini ada berita, ular masuk ke tempat pemindahan mangsa banjir. Tapi tak pasti di Pusat yg mana satu. Banjir besar yg teruk, kemusnahan harta benda besar2an, haiwan ternakan mati bergelimpangan.... ‪#‎Kompilasi‬update dari salah seorang sukarelawan di Kuantan. Mohon doakan saudara2 kita di Kuantan. **kes makin kritikal but the gov???

Credit:
Fatihah Abdullah 

Alhamdulillah DS Najib akan turun melawat ke kawasan banjir di sana..moga ada perkembangan yang positif dan memahami kepayahan yang dihadapi oleh rakyat.

Najib Razak · 2,000,494 like this.
40 minutes ago · 
  • Saya dalam perjalanan untuk meninjau keadaan banjir di Rompin, Pekan dan Kuantan. Saya diberitahu anggota-anggota keselamatan kita sedang bertungkus-lumus memindahkan mangsa-mangsa ke tempat selamat dan memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan mencukupi. Paling mustahak, sila patuhi arahan keselamatan dan berjaga-jaga dalam keadaan kecemasan seperti ini.

Fida Amanda Dhalilah Rufiah Hj Bahrum, mmg akan ambik bantuan, sebab semua harta benda dah musnah..klu filipina dia bagi rm2juta..tengoj untuk rakyat dia sendiri..rumah semua kereta semua musnah..ko tak rasa senang cakap banyaklah..anak dalam pantang tak cukup susu, sebab mak tak makan..dia orang ambikberas dalam rumah dengan arung air..ko tak rasa..sedih..yang tak dapat bantuan pun ramai..jangan cakap banyak.,jangan nak menyalak sangat..

Harap para pemimpin memahami kepayahan yang dihadapi oleh rakyat...sila turun padang semua..JENTERA!!!


Credit:Najib Razak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...