Assalamualaikum
Wahai hati tenanglah..dalam hidup ini hati perlu kuat dan semangat perlu ada. Biar apapun tomahan, makian dan cacian yang diberi hati perlu kuat. Walau air mata jatuh bergenang, hati perlu kuat juga. Adalah lebih baik berdiam diri dan tidak perlu bertindak apapun demi menjaga suasana harmoni. Biarkanlah mereka dengan labu labi. Biarkan mereka dilambung dan dihanyut ombak.Kerana..hati dan diri tak mampu lagi berbuat apa kerana sudah cukup puas usaha.
Kisah sedih di bulan Ramadhan tahun ini banyak yang boleh dikongsikan bersama.Yup..ini semua pengalaman masing-masing.Ada yang berpuasa tanpa insan tersayang samada hidup atau yang telah pergi meninggalkan dunia.
Baru-baru ini sahabatku telah mengadu masalah yang pasangannya tidak kisah dan sayangkan dia lagi. Mereka memutuskan hubungan halal iaitu dengan BERCERAI. Walau bagaimanapun sahabatku cuba usaha untuk perbaiki diri dan hubungan dengan isterinya. Walhal dia seorang lelaki yang baik dan melaksanakan tanggungjawabnya.Itu dirinya, yang kadang tak kenal diri sempurna. Cubalah untuk selamatkan rumahtangga demi anak-anak. Kini sahabatku (lelaki) yang rasa kehilangan arah hampir sebulan tidak bekerja kerana bingung dan tertekan. Tabah dan sabarlah sahabat, pasti ada hikmahnya.
Kisah sahabatku lagi yang mengalami kekangan kewangan yang melampau. Semangat nak sambut raya memang tak ada. Lebih-lebih lagi suaminya baru memulakan kerja baru dan pendapatan belum cukup kukuh. Susu anak-anak pun cukup-cukup makan. 'Kadang-kadang aku rasa diri aku merempat dan miskin' sambut kata sahabatku. Kuatkan hati dan semangat wahai sahabat, di luar sana ada orang lebih susah dari kita. Aku tak mampu bantu dan hanya berdoa agar sahabat-sahabatku bahagia dan tenang. Semoga Allah melindungi mereka dan memberi cahaya kebahagiaan hidup. Allah sayangkan kita kerana itu Dia uji kita.
Kita manusia yang tidak sempurna dia mata manusia lain dan tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Yang pasti tak semua benda kita dapat puaskan hati orang lain.
Check This Out Babe!
Wednesday, 16 July 2014
Mengamuk Kerana Kereta Dilanggar
Assalamualaikum
Since semalam dalam fb ramai yang duk share video pasal kereta Peugeot dilanggar oleh seorang uncle.Aku tergamam juga sebab dia sanggup guna 'stering lock' untuk hentam body kereta uncle tu. Uncle tu pun bukannya sengaja dan kereta awak bukannya remuk teruk.
Apapun kita patut hormat orang yang lebih tua dan tak perlu kurang ajar.Maklumlah kereta baru dan darah masih muda.
Aku pun pernah alami kejadian sebegini..memang hati rasa marah dan kecewa.Tapi nak settle secara berhemah cerita kat balai jek. Malu kalau kita ngamuk-ngamuk kat orang..Frankly memang pernah aku mengamuk sebab ada student undur kereta dalam jarak 5 meter, budak ni pun macam jakun dapat kereta dan lesen ntah-ntah lesen P. Walhal kereta kami ada kat belakang terang-terangan nak keluar parking. Kejadian ni di parking shopping mall. Pada hemah aku, dia undur sure nampak kereta di belakang..tapi duk undur dan hentam kereta kami macam dinding. So assumption aku dia undur tak reti tekan break..dengan lain bahasa tak reti bawak keretalah. Memang aku mengamuk macam nak bertumbuk tapi sebab student jadi aku fikir budak ni air liur basi pun tak reti cuci.Nasib baik dia minta maaf dan janji nak repair.Aku marah sebab kereta nak guna balik kampung, kalau pape problem kan dah payah.Tapi sebab sikit jek..nasib baik boleh jalan.
Moralnya..mungkin ada sebab dia marah dan mengamuk.Maklumlah nak raya ni kan..kalau kereta calar dah tak cantik nak melaram then time raya macam ni banyak duit nak guna.Banyak faktor juga dia mengamuk.Kita maafkan sajalah dia..tak perlu aibkan dia lagi.

Thursday, 10 July 2014
Biarlah Airmata Mengalir
Assalamualaikum
Sebagai seorang wanita air mata merupakan senjata utama untuk kita melepaskan perasaan seperti gembira dan sedih. Itulah kelebihan wanita, menangis dapat melegakan perasaan yang tertekan tak kira menangis mengadu dengan rakan-rakan, keluarga dan paling utama mengadu pada Allah.
Sebagai orang Islam, menangis kerana takut kepada Allah di atas segala dosa yang pernah dilakukan dan menghadapi kesukaran serta dugaan hidup di dunia cukup jelas melegakan hati. Jika mengadu pada manusia, tak semua faham dengan perasaan kita, yang ada hanyalah simpati. Mereka setakat mendengar sahaja dan jika mereka menangis bersama mereka adalah rakan sejati dan memahami.
Aku menangis bila melihat saudara seagamaku diperlakukan dengan kejam..Pray For Gaza. Tapi aku yakin mereka semua menjadi ahli syurga.Perjuangan mereka kerana Allah. Tidak semua orang melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah bukan? Manusia jika berniat ikhlas kerana Allah Taala, pasti tiada pertelingkahan, hidup dalam kesederhanaan dan bersyukur sentiasa.Manusia memang tiada yang sempurna, tapi kita cuba belajar menjadi sempurna dan perbaiki kesilapan.
Tak salah kita menangis sebenarnya..lepaskanlah apa yang ada terbuku dihati...Pernahkah anda rasa bagaimana menahan diri dari menangis?Sakitkan?Jadi tak perlu nak malu..nangis jek..Pasti kamu akan rasa lega.
P/S:Pernah nangis depan boss sebab sedih nak berpisah...

Segmen Blogwalking by Eiqa Almond
HADIAH ( peserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh ) x 1 peserta yang bertuah
Topup RM5 x 2 peserta yang bertuah
TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014
Yes!! Blue menang dengan penalti.. Tapi pagi ni aku baju batik orange..ngaaa camne tu
Wednesday, 9 July 2014
Tak Perlu Sentap Bila Kalah
Assalamualaikum
Rilex brader kalau Brazil kalah dengan German pagi tadi 7-1 weh!! Tak perlu nak sentap pun kalau kita big fan sekalipun. FIFA 2014 ni sekadar suka-suka jek..heheh yang pasti ada yang kalah dan ada yang menang dalam perlawanan.
Kenkawan aku kata, ada yang sentap kat facebook bila mana orang yang tak pernah cerita pasal bola tetiba up kat status pasal bola. Rilex and chills.. ni semua permainan duniawi jek.Tak perlu nak sentap-sentap pun sebab Brazil kalah..kerana pertahanan yang lemah...Mana Neymar?Alahai...dik.Baik kita fikirkan nasib di Gaza sekarang ni.
Aku sangat sedih kerana Gaza diserang oleh Israel laknatullah..Sebak dada bila melihat ramai mayat kanak-kanak bergelimpangan.Kadang fikir kita yang tak mampu bantu ni setakat doa je buat umat Islam di sana..Sedih sangat, bila melihat anak-anak kecil menangis kesakitan, kelaparan..Mengapa perkara ni kita tak sentap?
Ya Allah selamatkanlah umat Islam di Gaza..syurga pasti buat mereka kerana syahid..Apa yang perlu kita buat doa sahaja, kerana itu yang kita mampu laksanakan. Aku sebenarnya tengok banyak gambar di facebook, ramai kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman Yahudi ni. Aku rasa kalau Hitler ada zaman ni, Yahudi memang dah pupus kot. Betul apa prinsip Hitler bahawa Yahudi ni bakal menjahanamkan dunia. Terbaca dalam satu laman bicaramuslim.com
'Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi'
Tak tertahan di dada bila melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan, bayangkanlah sekarang ini bulan Ramadhan, bagaimana mereka tabah untuk berpuasa dan berjuang untuk hidup. Kita di Malaysia sibuk nak buat persiapan raya, makan buffet di hotel mewah. Masa ni aku rasa amat hiba dan berfikir ada manusia lain yang lebih susah nak survive hidup.
Source: Google
Monday, 7 July 2014
Ramadhan Datang Lagi
Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan dan berpuasa bagi yang berkemampuan melaksanakannya. Solat tarawikh sepanjang bulan Ramadhan adalah satu bonus buat kita untuk pertingkatkan amalan dan peluang menambah pahala. Masa sekarang ni lah kita nak gandakan pahala. Sedekah pada fakir miskin dan menjamu orang yang berpuasa makan.
Baru-baru ini kita telah kehilangan Biduanita Negara iaitu Datuk Syarifah Aini dan anak lelaki Linda Rafar yang menghidap penyakit kanser. Al-Fatihah buat mereka .Bulan Ramadhan ini juga, ramai yang tidak dapat menyambut puasa bersama kerana telah pergi mengadap Ilahi termasuk bapa saudaraku. Aku berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Masa kita entah bila agaknya..Moga Allah tangguhkan kematian kita supaya dapat melaksanakan ibadah sempurna. Kita tak tahu berapa banyak dosa kita dan pahala yang kita dah buat.
sumber: www.umlib.um.edu.my
Sempena bulan puasa yang mulia ini, kita perlu mendidik roh kita untuk menjadi 'baik'. Dengan berpuasa nafsu amarah, benci, riak dan tindakan maksiat dapat dihindarkan.Kerana bila perut kita kosong, nafsu kita pun tidak terdorong melakukannya. Kalau kita buat pun kerana roh kita masih lemah dan sakit. Macamana nak ubati roh kita?Dengan ingat Allah..
Aku masih ingat ustaz cakap, roh di kubur kurang seksaannya sepanjang bulan Ramadhan. Marilah kita sedekahkan amal jariah untuk mereka dan doakan kesejahteraan mereka. Al-fatihah buat arwah bapaku Hj Abd. Ghafar dan abangku A. Hamdan.
Subscribe to:
Posts (Atom)