Check This Out Babe!

Monday, 8 August 2011

Apabila berbuka dan bersahur dengan keluarga

Assalamualaikum

Semasa bulan puasa kita harus menahan nafsu lapar dan dahaga serta rohani. Dulu masa aku kecik-kecik, time bulan puasa aku berani dalam gelap sebab dengar orang kata syaitan semua dah kena ikat.Maka, takde hantu nak kacau dan main cak-cak. Oleh kerana syaitan dah kena ikat, mestilah kita sebagai manusia kurang marah-marah,kurang buat perangai.Tapi manusia tiada yang sempurna, so masa bulan puasa kita boleh tahu perangai manusia sebenar (tanpa kacau ganggu syaitan).

1.Makanan mesti penuh atas meja dengan nasi ayam, nasi minyak,soto,laksa,kuih-muih,murtabak,air sirap bandung,roti john.
 Bila makan mesti berebut-rebut sebab takut tak dapat merasa,maklumlah keluarga besar, tapi hakikat sebenar, bila buka puasa bukan boleh sumbat semua pun.

2. Apabila ramai orang maka ada lebih banyak air.
Tu tak kira berjag-jag air.Air cendol,ABC,sirap bandung cincau,air teh tarik..semua nak kena sediakan.

3. Meja kecik.
Ada yang kena duduk bucu meja,atas tangga,bawah meja. Kena beli kerusi extra sebab ramai orang.

4.Pinggan dan cawan tak cukup
Ada yang kena makan dalam mangkuk,ceper atau piring.Minum dalam cawan pun kena kongsi.

5. Setiap orang ada selera tersendiri
Tak semua makanan menyelerakan tekak semua orang.Ada yang merungut-rungut masa berbuka, tak sedaplah, komplen itu ini.Senang cerita masak sendirilah ye.

6. Makan tak ingat dunia
Ada kalangan orang makan tak kisah orang lain, sebab puasa katakan, perut dah lapar. Anak-anak meraung pun tak endah.Mak mertua lalu pun tak nampak, sebab dah lapar kebulurlah tu.

7. Hentak-hentak pinggan dan cawan
Ini kategori dah lapar bangat.Ada orang bila lapar perangai macam singa..Mengaumlah jawabnya.Bila mintak tolong pas makanan dia boleh swing lauk kat orang yang duduk jauh.Maklumlah nak ambil makanan tak sampai.Orang tu pun lapar jugak macam dia.

8. Ada orang fokus makan dan senyap
Dia malas nak bising-bising,makan dengan penuh penghayatan.Janji perut kenyang.

9. Bergaduh depan makanan
Selalunya yang jadi pergaduhan apabila ada orang yang mula nyalakan api.Masa tu selera mesti terbantut.

10. Lupa baca doa
Bila dah lapar sangat, doa pun lupa baca. Kan lebih berkat baca doa berbuka.

11. Time tu nak buka puasa,time tu anak-anak meragam
Sabar ye, itulah dugaan namanya.Bagi yang ada orang gaji tu, suruh orang gaji jaga anak-anak.Tapi pastikan dia dah minum atau makan sikit. Bila korang dah makan, pastikan orang gaji tu makan, barulah jaga anak.Kalau anak-anak dah besar dan pandai berdikari,apa kata ajak dia makan bersama.Kan seronok bawa anak berbuka bersama.Baru nampak anak tu makan ke tidak.Asyik-asyik suruh orang gaji je yang bagi makan. Nanti kalau anak-anak bising sebab lapar, kamu marah pulak orang gaji,'Kenapa budak ni lapar!'


12. Nasi tak cukup
Tak tahu nak budget berapa ramai makan, sebab kadang-kadang ada ahli keluarga berbuka kat luar, maklumlah nak Berbuka Bersama... (ada budget atau orang berlanja berbuka).Lain kali bagitau awal-awal nak berbuka kat rumah.


13. Lambat solat
Maklumlah bila berbuka ramai-ramai dan banyak cerita nak story mory, solat maghrib pun lewat.Bukankah wajar menyegerakan solat dan berbuka dimulakan dengan kurma dan air sahaja dulu.


14. Memasak waktu sahur
Tak semua orang nak bangun awal tolong sediakan juadah sahur. Ada yang beli siap semalam dan hangatkan kat dapur. Ada yang bangun sahur minum air kosong dan kurma sebiji.Moral of the story, makan sahur tak perlu masak hebat-hebat, goreng telur pun dah cukup.Hehe..tu orang malas namanya.


15. Kena paksa dengar ceramah
Sebab kita dah mengantuk dan terpaksa makan, mak-mak kita mesti membebel suruh makan. Tapi saat tu paling indah, sahur dengan mak.

Moral of the story, tak kira masa puasa atau tidak bila berhadapan dengan rezeki perlu makan dengan berhemah. Lagi pun tak semua keluarga meriah dan seronok waktu makan. Apapun tepuk dada tanya iman. Jangan salahkan syaitan ganggu nafsu kamu.

p/s:Tak pernah bergaduh depan makanan dengan keluarga, mak tak pernah didik kami begitu.Rindukan masakan dan hidangan mak yang penuh kasih sayang.Saat berbuka yang paling indah apabila semua abang-abang ada pada hari terakhir berpuasa ;)

3 comments:

  1. hehehehehe.... betul tue... semuanya bergantung pd diri sendiri... pandai kawal nafsu xdela makanan tu membazir...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...