Check This Out Babe!

Wednesday, 27 June 2012

Bil TNB Semakin Melambung!

Assalamualaikum

Bukan aku seorang yang merungut tentang bil elektrik TNB semakin mahal.Ada yang macam bayar installment Honda City, ada yang macam bayar MyVI(itu akuler..)

Sebelum ini dah pernah aku pi TNB Customer Service minta penjelasan kenapa mahal bebenar?Banyak kali aku telefon mereka suruh check meter manalah tahu rosak.Diorang kata nak hantar orang check meter..dah berjanggut aku tunggu.

Then disebabkan tak puashati, pi terus ke kaunter minta penjelasan.Then dia kata rumah awak guna aircond ler bagai..adoii..semua rumah ada aircond.Tapi kita sendiri pengguna tahu nak kontrol berapa lama penggunaan aircond etc.Sebab aku rasa pelik nape mahal sangat bil ni..memang Mael Lambung ler......

Finally my officemate bagitau..tetiap bulan dia bayar bil suddenly sedar bil dia

Take


Look



Cuba study unit yang digunakan dan tarikh bacaan bil tersebut.Cuba lihat first unit 213, 247 dan akhirnya 200. Bila tarif ini dikemaskini dan dihebahkan.Apabila kita mendapat bil elektrik yang dikumulatifkan penggunaan unit KwH dan dihantar hanya 2 bulan sekali, adalah tidak mustahil seperti membayar installment Myvi,viva dan Honda City.


Aku rasa lepas ni kita masak air guna cerek dapur biasa, gosok baju seterika arang, baju baju 3 hari sekali. Jam 9 malam semua orang dikehendaki tidur dan tidak boleh menonton tv.Oh ya...tak perlu guna komputer dan laptop untuk blogging


Belajar Menghargai Orang

Assalamualaikum

Hari ini makan berat sikit.Kami (unit yang sama level dengan aku) yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berkongsi kejayaan dengan belanja rakan-rakan pejabat kami Nasi Beriani dari felda D' Saji. Almaklumlah ada seorang akak office ni wife kepada orang besar D' Saji. Apalagi..teringin sangat nak jadi pengantin, makan nasi beriani dari D' Saji.Yelar tak dapat bersanding dalam Dewan Merak Kayangan kan..

Hari ini aku berpuas hati kerana dapat berikan sesuatu buat rakan2 yang turut memberi dorongan dan galakkan..ye ker?Sharing is caring bukan?

Hari ini juga aku menerima panggilan telefon dari orang admin.Tanpa mereka kita tak akan dapat gaji,bonus,award..senang cerita semua yang membantu carear path and salary path.

'Rose terima kasih banyak2 bagi akak makanan ni, terima kasih sangat-sangat ada juga yang ingat akak'.Sobs...Apalah salahnya kita sebagai officer menghargai orang kerana bantuan mereka walaupun ianya adalah seciput dan tugas itu tugas mereka.Sekurang-kurangnya kita buat orang terasa dirinya dihargai dan diperlukan.

Oh btw nasi beriani masakan Chef dari Felda D' Saji ni memang sedap..especially ayam..nyum nyum..rugi kalau tak makan.Ayam memang 4.5 bintang..hehehe

p/s:Kalau aku kaya dah belanja satu cawangan malahan satu kementerian..hahahah...kalau..

Jumpa Blogger di IJN

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku telah ke Institut Jantung Negara kerana ibuku ada temujanji dengan pakar di sana. Pertama sekali bila aku sampai di sana aku contact seorang rakan blogger http://asranorrie.blogspot.com/.
Kami sering berhubung melalui email dan sms kerana soal business.Hehehe..Ms Norrie ni customer tegar virgin coconut oil Catalyst aku.
Kami tak pula bergambar sebab duk leka berborak dan tak terfikir pula aku nak amik gambar.

Pagi-pagi lagi aku dah sampai IJN.First time aku ke sana, nasib baik aku government servant maka gunakan kemudahan yang ada iaitu gunakan guarantee letter.Itulah kelebihan bekerja dengan Kerajaan Malaysia, manfaatnya adalah untuk ibu bapa kita membuat rawatan di hospital dan juga anak-anak kita.

Tapi kerja mana-mana pun sama je, jika majikan ada cover untuk perubatan sekeluarga. Apa yang penting..jagalah kesihatan, makan makanan yang seimbang dan buat senaman.

Padahal diri sendiri pun tak stabil lagi............wewewewe

p/s:Mari amalkan supplement seperti VCO Catalyst etc. Siapa nak jamu boleh cuba Jamu Susuk Dara juga.


Wednesday, 13 June 2012

Suami Jatuh Hati Dengan Adik Ipar


Kehebatan Jamu Aku Dara

I'm back..huhu..baru smpt nk share testimoni cust amy..

Cust amy nie dh beli jamu pengantin dara awl bln 5 hri 2..tpi baru2 nie baru dia try..nk tgu hubby blik..almaklumlah..hubby outstation[sebenarnya dia takut2 nk guna..hehe] nk kata kwn amy nie xcntik..mmg cntik,body pon kaw2 bergetah mcm ank dara wlupon dh branak 3 smpi artis pon jatuh hati kat dia...nk d jadikan crita mmg dia nie ada mslh umahtgga la..xtau apa punca dia..puas dia fkr smpi dia mngis tduduk tsungkur ceta dpn amy..yg plg ksian...SUAMI JATUH HATI NGAN ADIK IPAR SNDR[ADIK SI ISTERI]..istri mana xkcewa..klu pempuan lain dpt lgi kta trima nie adik sndr yg kta hadap 24 jam..

nie perbualan sya ngn Pn.Z
amy..akak dh tk tau nk buat apa skrg nie..knapa la dia snggp buat akak mcm nie...sdgkan dia tahu pempuan yg dia suka 2 adik kandung akak sndr...klu org lain akak blh trima..tpi nie adik akak...adik akak pon mrh2 kat akak dia ckp apsal laki akak kol dia mlm2 buta mluahkan prasaan[msa 2 laki akak outstation]..laki akak mabuk ke apa???akak apa lgi tkjutlah dgn brita yg d smpaikan adik akak nie...nk mngis rsa xbguna..nk d tglkan..akak igt anak2 akak...akak gagahkan jua kol suami akak tnya apa slah akak..apa yg xckp lgi yg akak xpnh bgi sbgai seorg isteri...laki akak cuma mampu ckp "I'M SORRY"..sktnya hati akak bila 2 je yg dia mampu kta kat akak msa 2..krn dia SUAMIKU..smua kcntikan akak jga luar dlm..mcm2 produk akak try smata2 nk jaga laki akak...
amy pon tnya dia cara dia lyn suami dia mcm mn??akak penah xkecik kan hti suami akak???dia ckp smua dia ikut smta2 nk jaga hati laki dia..n yg plg amy tkejut sgt..dia ckp la..klu d rnjang..laki dia mcm krg keinginan nk bsama..klu brsama pon lps dia pki akak dia mcm xpdli..dia nk akak bila dia perlu je...
amy pon kbtln bru jdi agen susuk dra..so amy pkenalkan la jamu nie...dia beli awl bln 5..tpi dia ckp nk guna 3hri sblom hubby dia blik outstation...
3hri lps dia msg amy...
Pn Z: Salam..Amy..sorry bru dpt msg hri nie..Amy akak dh guna JPD 2..ahem..ahem..TQ amy..akak rsa mcm ceria blik rsa mcm pgntin baru plak..
Amy : Alhamdulillah..xnk share ke kbahagiaan akak ngan amy n bakal2 cust lain???
Pn Z: Blh..tpi tlg rhsiakn nama akak k...mcm yg akak ckp hri 2..akak guna 3hri b4 laki akak blik..so..kbtulan akak mmg target laki akak mmg nk mlm 2..almaklumlah..laki akak nie pntg lama xpki..nk d jdikan ceta...lps ahem2 2..laki akak xckp apa2 pon..akak pon fkr..hurmm...mcm xda apa2 je...TAPIIIII...lps dia relax dlm stgh jam dia mintak lagi...hurmmm..akak pon dh fhm la...klu dh shari lbh dri BIASA 2 mmg Terbaik la jamu nie...n skrg laki akak..pntg je tgk muka akak..pantg je tsentuh akak wlupon tsntuh tgn je...mula la ayat power dia "Syg jom msuk blik"...tdo pon pluk2 siap dpt ciuman tiap kali jumpa...smpt jgak akak tnya dia napa dia tawar hati ngn akak...dia pon trus trg..."Smua org nk rsa bnda baru klu bnda lama xbfungsi dgn baik..8least kena dperbaharui.."..tpi akak sempat gak mnyindir..."yela..tpi bkn LESEN tuk jatuh hati ngn ADIK IPAR sndri!!!!
Amy : Amy tumpang gembira umahtangga akak dh kembali ceria smula..so akak kena la jga HARTA yg plg Bharga nie..
Pn Z : Btol 2..mcm2 jamu dh try tpi smua hampehh!!!nsib amy knlkan ngn jamu nie wlupon mula2 agak tkut2 gak...Lps nie klu ada kwn2 akak nk akak akn pkenalkan jamu nie k..

**Amy tumpang Gembira bila cust nie dpt pulihkan umahtangga dia..:)

p/s:Selamat dunia...



Tuesday, 12 June 2012

Stroller Kembar Saya Di Mudah.Com.My

Brand Mamalove
Sesiapa yang berminat untuk membeli stroller twins boleh hubungi saya

Stroller ini baru 3 kali digunakan dan masih dalam keadaan baik.

Sebab saya jual kerana nak mengelak dari twins bergaduh :))

Harga memang murah berbanding harga dipasaran.


Sila layari: http://www.mudah.my/vi/15998403.htm

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger




  • Tempek badge ini dalam entri anda, dan link ke entri ini.
  • Tajuk entri anda: Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger
  • Berikan nama blog anda, link blog anda, bila mula berblogging, kenapa berblogging dan seterusnya siapa idola dan ikutan anda dalam dunia blog.
  • Siap je, terus berikan url entri anda itu di ruangan komen.
  • Andai sudi, jadilah follower blog ini.
  • Anda perlu berbuat demikian sebelum jam 5 petang, 13 Jun 2012.


Nama Blog: Rosniena


Mula Berblogging: Jun 2011 (Genap Setahun Bulan Ini)

Kenapa Berblogging: Berkongsi pengalaman, cabaran dan pengetahuan

Siapa Idola Anda:   Paling utama rakan-rakan blog yang berjaya dan positif minded terutama yang tidak lokek berkongsi kejayaan, menghormati, menyokong dan menghargai rakan bloggers yang lain.


Monday, 11 June 2012

Boleh Buat Drama Rasanya

Assalamualaikum

Sekarang ni banyak drama bersiri adaptasi dari novel. Aku lihat ramai orang tak putus-putus membeli novel.Alhamdulillah..ramai juga orang minat membaca tak kira di mana jua, di dalam kereta, komuter, atas motor, bawah katil..semua duk membaca dan melayan perasaan.Ada yang menangis dan ada yang ketawa.Teringin juga aku nak buat drama sendiri tapi bukan adaptasi dari novel..tapi dari pengalaman sendiri.Masalahnya nak menulis skrip pun tak reti.Pendam dalam hati saja ler..

Sebenarnya ada banyak pengajaran dan tauladan dari hidup kita.Aku busan dengan drama sekarang..balik-balik hantu..hantu yang mengarut. Then cerita tentang orang kaya..kawin dengan orang kaya, kikis duit, cinta tiga segi etc.Kelmarin aku tengok Kekasihku Seru..yang menakutkan boleh tengok roh/hantu.Tapi apa yang aku perasan asal citer hantu mesti ada bakar-bakar kemenyan..isk..isk tu dah khurafat dah tu.

Baru-baru ini kisah seorang sahabat yang berjuang mendapatkan hak penjagaan seorang anak perempuannya.Tekanan juga sehinggakan terpaksa makan ubat penenang.Mana tak trauma..kerana sebelum ini bekas suaminya dah kidnapped anak perempuannya.Bayangkan lost contact almost sebulan, tanpa khabar berita.Sahabatku ini terpaksa menculik semula anak perempuannya..sadis benar kisah mereka.Inilah perjuangan ibu dan anak menjadi mangsa perceraian.

Kadang-kadang aku sedih melihat anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.Ada orang lambat dapat anak dan berjuang habis-habisan hingga kadang kala redha dan pasrah. Menangis berhari-hari bila seorang demi seorang sahabat dan saudara mara mengandung dan melahirkan anak.

Tapi orang yang senang dapat anak, bermasalah pula..senang cerai-berai...Ada anak tak dididik dengan sempurna.Didikan agama dan batas pergaulan.


Moralnya, hargailah hidup ini.Memang Allah jadikan sesuatu perkara dan dugaan itu sebagai ujian.Dia uji samada kita kuat atau tidak.Kadang kala...PASRAH.

Friday, 8 June 2012

Hidup Kita Jangan Berlagak dan Riak Perlu Ada Simpati


Assalamualaikum

Apabila terbaca email yang mengatakan Rumah Perlindungan Al Nasuha perlukan bantuan kerana anak yatim terutamanya aku teringat zaman aku kecil dulu.Aku anak YATIM sejak berumur 5 tahun dan aku turut menerima bantuan walau RM10.00 setahun dan sepasang baju raya. Alhamdulillah kini aku berjaya memberi sumbangan kepada negara amnya dan kerana itu aku belajar bersungguh-sungguh dan kini berjaya.

Aku bukan nak mengatakan meminta derma atau sedekah itu hina, tetapi apa yang aku mahu katakan, kita sebagai masyarakat bertanggungjawab membentuk dan membimbing sahsiah anak yatim/fakir miskin menjadi manusia positif.Apa yang penting berikan sedikit bantuan mengikut kemampuan tak kira makan dan pakaian.


KAMI SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN & SUMBANGAN ANDA
Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 

Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL NASUHA 564829000530

Selain dari wang tunai kami secara tetap sentiasa memerlukan barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, bahan-bahan perencah makanan, sabun basuh, sabun mandi, shampoo , pampers , kertas tisu dan lain-lain keperluan asas.

Bantulah kami , kunjungi lah kami. Hubungi kami di 017-9354323 . Kami sentiasa menanti anda

FACEBOOK http://www.facebook.com/bantukami

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih

p/s:Kita jangan  mendabik dada ada itu ini dan menayang kemewahan yang ada.Sifat riak secara tidak langsung pasti ada.Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu berlebihan dengan harta dunia serta makan dan pakai.Tidak menjadi masalah jika kita memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Jawatan Kosong di Bondamama


Lagi jawatan kosong


  • Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya  Diploma dalam Business Studies/Administration/ Management, Marketing atau yang setaraf dengannya.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Pemohon bersedia untuk ditempatkan di Kajang, Selangor.
  • Pengkhususan dalam bidang  Marketing/Business Development atau setaraf dengannya.
  • Kekosongan dalam jawatan sepenuh masa dan separuh masa.

Jika berminat dan memenuhi kelayakan sila hantarkan permohonan kepada email perjawatan@bondamama.comsebelum 20 Jun 2012.

Lagi Jawatan Kosong:Pembantu Jurutera Elektrik


Assalamualaikum

Aku mendapat makluman melalui email di mana konsultan tersebut memerlukan pekerja sebagai Pembantu Jurutera Elektrik.
Terasa pula sejak akhir-akhir ini blog aku asyik memaparkan iklan jawatan kosong. Aku rasa wajar membantu mereka di luar sana untuk mencari kerja, mendapat pengalaman baru dan memajukan diri dalam bidang yang diceburi.Sesiapa yang berminat sila hubungi konsultan berkaitan.


Kami merupakan syarikat Konsultan beroperasi di Taman Melawati

Kelayakan
-                      Sijil Elektrik
-                      Berpengalaman berkerja dengan syarikat Kontraktor dan Konsultant adalah satu kelebihan
-                      Berpengalaman  dalam tender-tender projek - (Bill Of Quantity)
-                      Berpengalaman selama 2 atau 3 tahun

Sekiranya berminat sila hubungi email atau fax resume kepada kami di alamat seperti dibawah:-

Tel 03-41051176         Fax: 03-41052754
Atau email: pnasyireen@gmail.com

Thursday, 7 June 2012

Jawatan Kosong Bagi Yang Berminat

Sesiapa yang berminat memohon di E&O Residences Kuala Lumpur bolehlah mohon segera...



Wednesday, 6 June 2012

Wordless Wednesday





ZOO NEGARA

Planet Zuhrah Melintasi Matahari Hari Ini









Planet Zuhrah melintasi Matahari hari ini 
Bagi kita fenomena ini dikatakan gerhana matahari. Sebenarnya ia adalah transit planet Zuhrah melintasi matahari pada 6 Jun 2012 . Di Malaysia keseluruhan fenomenan titik hitam melintasi matahari dapat dilihat di Sabah! Dan transit planet Zuhrah ini berlaku hanya dalam setiap 100 tahun.

Pada 6 Jun 2012 nanti, kita akan menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya!

Kenapa Transit ini boleh berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari.
Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi) . Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet Zuhrah.
National Centre for Radio Astrophysics, India akan menyediakan sebuah ebook yang menarik berkenaa Transit ini. https://docs.google.com/file/d/0B0ZPQr25M5_sQ2IwMHB2RnMzM0k/edit?pli=1

Adakah ia berlaku tiap-tiap tahun?
Tidak. Malah phenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun. Lebih menarik ialah, apabila ia berlaku, ia akan datang dalam 2 pasangan fenomena yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain.
Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125!

Bagaimana rupanya transit ini?
Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi. Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan matahari.

Secara umumnya, lintasan ini akan mengambil masa hampir 6 jam!
Seperkara yang menarik ialah, disebabkan Zuhrah kelihatan bulat, maka ia akan mengambil masa sikit untuk keseluruhan 'bulatan hitam' planet ini 'memasuki' kawasan hadapan matahari.
AWAS: JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI. 
Apakah cara paling selamat untuk melihat Transit ini?
Sekali lagi JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.
Anda perlukan penapis matahari seperti Mylar atau Baader untuk melihat matahari (samada menerusi teleskop, binokular atau mata). 
Ataupun dapatkan cermin mata matahari khas dari penjual barangan astronomi yang berdekatan.
Gelas yang digelapkan MASIH BERBAHAYA!
Cermin mata gelap (sunglass) MASIH BERBAHAYA!
Air dalam baldi MASIH BERBAHAYA!
Oleh itu, pastikan anda menghubungi pihak seperi Planetarium Negara, untuk mendapat tunjuk ajar yang sesuai untuk cerapan transit ini.
Di internet juga, begitu banyak informasi berkenaan cara terbaik mencerap matahari (atau dalam kes ini, transit zuhrah).

Keseluruhan transit ini akan mengambil masa selama lebih kurang 6 jam. Bagi penduduk di benua Amerika, mereka akan melihatnya sebelah petang 5 Jun 2012, dan matahari akan terbenam terlebih dahulu sebelum transit ini tamat.
Bagi penduduk di Asia Timur, Pasifik dan kawasan Artik, mereka boleh lihat keseluruhan transit dari awal hingga akhir.
Di Malaysia pula, ia 50-50. Bagi anda di Semenanjung, Zuhrah sudah pun berada di hadapan matahari ketika ia terbit. Maknanya dah terlepas separuh masa pertama!
Di Sabah pula, anda akan berpeluang menyaksikannya dari awal hingga akhir!

Pukul berapakah ia akan bermula?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Sumber: transitofvenus.nl
Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.

Iklan Jawatan Kosong Bagi Jawatan Lantikan KSU Kementerian Kerja Raya











Sinopsis : Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang merancang untuk mengadakan urusan pengambilan di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya. 




Maklumat lanjut mengenai iklan ini sila klik di sini.

Tuesday, 5 June 2012

Jawatan Kosong di Negeri Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan berikut :-

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 [Klik] Baru
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA29 [Klik] Baru
PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT27 [Klik] Baru
PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29 [Klik] Baru
PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J29 [Klik] Baru
PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27 [Klik] Baru
PEMBANTU VETERINAR GRED G17 [Klik] Baru
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 [Klik] Baru
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17 [Klik] Baru
JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17 [Klik] Baru
JURUTEKNIK (MEKANIKAL) GRED J17 [Klik] Baru
JURUTEKNIK (UKUR BAHAN) GRED J17 [Klik] Baru
RENJER HUTAN GRED G17 [Klik] Baru
PENGAWAS HUTAN GRED G11 [Klik] Baru

Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan seperti berikut :-

Pemohon atau ibu/bapa pemohon mestilah terdiri di kalangan anak-anak Negeri Selangor;
Pemohon yang berkelayakan mengikut syarat-syarat dalam Skim Perkhidmatan seperti di para 1 di atas sahaja digalakkan memohon.

3. Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara on-line.

http://spn.selangor.gov.my/v5/

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 JUN 2012 (JUMAAT)

5. pdf-icon MANUAL PANDUAN MEMOHON JAWATAN


PERINGATAN *** Setelah memohon sesuatu jawatan, pemohon hendaklah menghantar dokumen-dokumen seperti berikut :-

SALINAN BORANG PERMOHONAN JAWATAN ( 1 salinan);
SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON ( 1 salinan) ;
SALINAN KAD PENGENALAN IBU dan BAPA (1 salinan);
SALINAN SURAT BERHENTI SEKOLAH RENDAH dan MENENGAH (1 salinan);
SALINAN KELULUSAN AKADEMIK (1 salinan); dan
LAIN-LAIN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Melalui serahan tangan ke :-

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor,
Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Gambar Persandingan Fasha Sandha dan Jejai

Tahniah buat Fasha Sandha dan Jejai kerana kini bersanding dengan baby (dalam perut lagi). Nampak kebahagiaan mereka berdua dan ceria selalu.Lepas ni jangan ada gossip-gossip.Gambar sumber dari Ryaniez Moments Photography






sumber: http://www.facebook.com/ryaniezmoments

Mahukah Kamu Hidup Bergelandangan?

Assalamualaikum

Itu pilihan hidup masing-masing yang mahu hidup bergelandangan. Tetapi kalau bergelandangan dan tidak menyusahkan masyarakat tidak mengapa.Sepanjang masa aku bekerja ,pergi balik naik keretapi di stesyen Bank Negara, kerap aku nampak lelaki tua muda yang kadangkala masih utuh dan kuat bekerja tetapi hanya berdiri, bersongkok, berzikir, memegang kertas yang hampir lunyai, menjual surah YAssin dan meminta sedekah untuk menampung kehidupan.

Aku sedih melihat lelaki yang agak muda dan bertenaga boleh bekerja seperti sapu sampah, kutip botol atau tin, kerja kilang atau mencuci pinggan di mana-mana kedai namun jadi peminta SEDEKAH.Mengapa mahu mencari jalan mudah untuk meminta dari bekerja.

Di bandaraya Kuala Lumpur ini memang ramai orang hidup bergendalangan. Kita pun terpengaruh dengan Mat Salleh. Hidup seperti nomad pindah randah, makan dan tidur merata tempat.Kalau ada pekerjaan dan duit tak ada masalah. Tapi perlu ingat mengapa kita perlu rumah dari hidup bergelandangan.

1) Bersih dari kekotoran- sanggupkah diri kena habuk, virus dari tikus.Yang pasti untuk melakukan ibadah.
2) Keselesaan keluarga- anak-anak dilindungi dari ancaman atau hujan panas.
3) Kehidupan teratur- kehidupan lebih tersusun dan sihat.

P/S:Tak perlu menyeksa diri yang pasti Allah dah susun kehidupan kita cantik sekali

sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/hot-news-mislina-mustaffa-dah-lima.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...