Aku sangat kagum dengan kejayaan Rozita Ibrahim iaitu Pengasas Produk Sendayu Tinggi. Hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang serta serba daif. Malam tadi aku menonton rancangan Iktibar di TV3.Sepanjang malam tadi TV3 memaparkan rancangan berbentuk rohaniah, sebelum itu Kias Ramadhan.Memang bagus sungguh sebab berupa rancangan dakwah secara indirectly tentang hakikat kehidupan sebenar kita.Baju tak cukup kain,tentang puasa dan kaki karok.
Ok berbalik kepada Pengasas Sendayu Tinggi yang kini nampak mata saja. Aku bangga dengan kejayaan beliau sekarang kerana dia tidak pernah kenal erti kalah,gagal dan jatuh.Belaiu mempunyai misi dan visi sendiri kerana berjuang untuk hidup dan hapuskan kotak hidup miskinnya sepanjang membesarkan anak-anaknya.
Rozita Ibrahim
Semangatnya menyedarkan aku, kita perlu kerja keras dan berusaha untuk berjaya.Bukan setakat nak lantang bersuara dan cakap-cakap saja..guling pentadbiran negaralah, itulah inilah..harap-harap takde siapa yang terasa.Kalau terasa mintak maaf.Tapi kalau kita sayangkan masyarakat kita..berusahalah untuk hidup senang dan kongsikan kesenangan itu dengan orang yang susah.
Jika ada rezeki lebih bersedekahlah dan bantulah
No comments:
Post a Comment