Untuk dikongsi bersama
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami
jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke
Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang
(mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu
barangkali)
Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami
tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk
membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu
mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta
anak
yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli
minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga
dibiarkan
hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan
Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan
keluarga
yang ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina
menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri
yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup
pintu sekuat itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari
isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.
Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak
sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia
diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi
meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia
parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya
ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong
kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi
tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari
tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,
sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong
daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek
supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang
dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya
kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu
talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk
membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil
membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia
diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh
jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya
Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu
dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama
kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada
si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang
cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta
yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan
keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri
bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi
lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan
isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah
menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i.
Lengkapkan
kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi
dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii.
Kejutkan
isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk
maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii.
Amalkan
sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar
daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip
keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu
depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan
kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya
biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam
utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v.
Sentiasa
simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan .
Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik
– ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah
“keselamatan”
vii. Amalkan radius
scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan
tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri
atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon
(nada panjang) - Emergency Code
ix.
Tindakan
terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir
sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x.
Sentiasa
amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang
boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada
sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini
(11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
Sumber:Email rakan-rakan
p/s:Aku selalu pastikan kereta berkunci bila husband keluar dari kereta,memang banyak kejadian sebegini berlaku.Oh!Bahaya sungguh..