Berdebar-debar bila mendapat berita tergempak, satu rombakan besar-besaran bagi jawatan profesional supaya berpindah dan ditempatkan ke pejabat baru.Saya Yang Menurut Perintah!! Itu adalah perkataan yang wajib melekat dihati setiap penjawat awam..ngaaa...
Alhamdulillah aku ditempatkan di pejabat lain kategori dekat iaitu Putrajaya.Dekatler tu..ha ah..dekat dengan Alamanda, dekat dengan rumah mertua aku tetapi jauh skit dari rumah aku.Jauh sangatlah padahal Subang jek..Aku rasa jauh sebab aku takde public transport. Aku pasti rindukan komuter, SOGO, Pertama Kompleks, kedai buku uncle kat Pertama Kompleks, Medan Mara yang maca-macam ada kedai dan butik and saloon.I'm gonna miss everything in KL.Macamlah kau tak boleh pergi..Sedihs..aku terpaksa keluar dari KL.Aku pasti rindukan kesibukan bandar Kuala Lumpur nan indah.Rindu lepak dengan kenkawan makan roti canai sardin CT di Pertama Kompleks..huwaaa....
Ada benefitnya juga aku berpindah sebenarnya.Aku akan mendapat environment baru yang huhuh taktau nak cerita macamana, fikir positif dan berkhidmat untuk anak bangsa. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru bekerja dengan pelbagai manusia. Kita perlu keluar dari kepompong sebenarnya.Lagipun, aku cepat busan kalau duduk satu tempat lama-lama..paling lama 4 tahun bekerja dalam satu tempat pun dah buat otak aku lembab.Almaklumlah aku suka kerja yang mencabar dan menguji minda.I like to think and thinking a lot.
Think positive, tawakal dan redha..Ada sesetengah orang tak boleh hadapi jika diarahkan bertukar tempat kerja. Memang tak dapat dinafikan kerana melibatkan keluarga dan kewangan. Bagi yang bekerja dekat dengan tempat tinggal, apabila diarahkan berpindah tempat jauh..pasti hati meraung..Apapun kita harus cuba, mana tahu tempat baru itu nanti memberi manfaat dalam kerjaya dan masa depan. Itu bagi yang pentingkan karier.Itulah cabaran penjawat awam, kita telah pun berjanji akan bekerja tidak kira di mana saja demi negara.