Check This Out Babe!

Thursday, 26 December 2013

Jangan Menangis

Assalamualaikum

Jika kita menahan diri dari menangis pasti sakit dada.Siapa pernah alaminya?Sebagai wanita apstinya menangis kerana sedih dan gembira.Itu sahaja cara kita melepaskan perasaan yang terbuku didada dan akan merasa lega.
Sebenarnya letih menangis, tapi aku pernah melalui menangis teresak-esak.Bukan masa aku budak kecik je tapi dah tua ni pun nangis teresak-esak.Pastinya menangis kerana sedih teramat sangat.
Suatu perkara yang membuatkan aku menangis teresak-esak apabila merasa sedih pemergian arwah abangku, kecewa, marah dan menyesal.


Tangisan sedih dan gembira merupakan terapi untuk kita  melepaskan segalanya.Adalah baik menangis kerana Allah.Perlu sedar..Allah mengingatkan kita kerana kealpaan dan sering lupakan Dia.Sebab tu Dia uji kita dengan pelbagai cara untuk menguji sekuat mana kita ini sebagai hamba Allah.Kalau kita gagal..betapa lemahnya diri kita.Ya Allah..aku redha dengan segala ujian dan ketentuan dariMu.

p/s:Teremosi masa farewell tadi, Im leaving my beloved bosses anyway.He such a kind and caring man.Next week aku akan memulakan tugas di Putrajaya..bye Sogo dan Jalan TAR.Sangat malu sebab nangis depan boss2..huwaaa..hati sangat sedih..sedih dan berkecamuk..Oh Allah..please give me strength to face every steps and breath I take.If I can't stand still.. i surrender to You..

Wednesday, 18 December 2013

PESAN IBU PADA YANG DAH BERRUMAH-TANGGA

PESAN IBU PADA YANG DAH BERRUMAH-TANGGA...lain sikit bunyi Ibu petang ni...namun tetap kasihkan kamu  

Bila kerjaya dah meningkat dan wang dah banyak disaku, sedarilah itu juga adalah mehna (cabaran). Kuatkan iman dengn Allah dan pertalian dengan pasangan anda. Jangan mengintai orang lain yang di luar mahligai anda. Jangan bermain api, nanti yang terbakar bukan diri sendiri saja, habis satu keluarga, sehinggalah ke akhir hayat mereka jika anda tidak membetulkan keadaan.

Suami orang jangan nak dipikat atau ditumpang, kerana melihat dia baik melayan isterinya dan anak-anaknya. Jangan cuba nak tackle suami orang dan bertanding dengan isterinya, siapa lebih hebat. Tahulah hidup kamu takkan berkat dan selamat. Minta doa diberi jodoh yang baik dan sediakan diri untuk mendapat jodoh yang baik. Dan bina keluarga bahagia.

Isteri orang jangan nak dipandang-pandang. Itu bukan hak kamu. Biar dia bahagia dengan suaminya dan anak-anaknya.Tambahkan sayang kami kepada isteri dan anak-anak kamu.

Anak teruna yang masih mentah atau ang menggoda, jangan mudah kamu jatuh kerana pujuk rayunya. Sayanglah suamimu, walaupun lidahnya belmu pandai bermadah kasih. Sayanglah anak-anak yang sering memeningkan kerana mereka perlukan teladan yang baik.

Anak dara di luar yang bukan milik kamu, jangan nak dikerling. Islam memang mengizinkan poligami dan Nabi s.a.w itu juga berpoligami. Tapi caranya betul. Baginda tidak mengajar kamu berdating dan berjumpa senyap-senyap di ofis bila orang semua dah balik dan memadu kasih di situ atau di tempat-tempat gelap. Jangan mempersendakan agama.

Jagalah keluarga kamu wahai suami dan isteri. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU AKAN SENATIASA MENYUCUK KAMU DENGAN JARUMNYA YANG PALING HEBAT -iaitu PERCERAIAN...musnahlah keluarga akibatnya, musnahlah umat disebabkannya.

ELAKKAN BERMAIN API ...ANDA LAYAK HIDUP BAHAGIA!

p/s:Siapalah kita hendak menghalang dan dihalang, yang penting diri kita samada mahu kebahagiaan atau kemusnahan.Yang pasti sayangi diri dan keluarga.

Lebih Banyak Haters Lebih Kuat Kita

Bagaimana kita membina kekuatan diri jika menghadapi dugaan atau musuh. 


Jangan gaduh-gaduh dan cari pasal kerana sampai bila-bila tiada kesudahan.Adalah lebih baik kita muhasabah diri bukan menunding jari.Jika mengecilkan hati orang lain lebih baik kita bermaafan dan lupakan.Perkara yang negatif kita cuba tangkis dan pedulikan.Pasti haters mati akal.Dalam hati memang perit nak tahan dan lawam. Baik pi tengok wayang Hobbit!!

Stay strong babeh..u can do it.Jika ada haters berlagak bagus dan mahu menjatuhkan kamu, biarkan saja.Eh..kenapa tak balas je.Jika kita ingat Allah, pasti Allah beri pembalasan.Tak kisah di dunia mahupun akhirat. Kita kena tunjuk kita kuat, bukan lembik macam sotong.Must have pendirian, bukan amarah atau airmata yang menyelesaikan masalah.Haters will stop their action because they feel they are failed.


Bertahan..cuba bertahan apa haters buat pada diri kita.Hati memang sakit, tapi anggap haters tu kurang ilmu..err nak kata bengap boleh tak..ahhaha..sebenarnya haters jeles dengan kita.Sebab tu apa yang kita buat dan nak buat semua tak kena.So kalau nak bertahan dengan haters..delete diorang dari pandangan dan kalau dalam keluarga, kita buat muka 20 sen.


Bluwekkk.. ada aku kisah!!!Pedulikan dan buat bodo.Sebab tu kata hati kene kental dan kuat.So kalau haters provoke macam giler babun.Biarkan saja dia meroyan..hahaha..cantik tak lidah saya yang terjeli ni..miowwwwwww

Monday, 16 December 2013

Pahala Pasti Ada

Malam ni sepatutnya aku siapkan proposal untuk further Phd.Sebenarnya aku takde mood nak buat sebab terlalu banyak kejadian yang menimpa diri aku.Kali ni aku malas nak berkias.Tapi demi menjaga maruah orang aku kena jaga aib orang.

Apabila kita silap kita perlu akuinya..
Memang benar..tapi manusia ni depan saja manis dan elok.Tapi dibelakang kecam diri kita macam-macam.Aku tak kisah sapa yang nak menipu tu kerana Allah akan balas di akhirat kelak.Hmm manusia,memang cakap cukup berlagak dengan hadis riwayat segala.Tapi aku pasti, dapat pahala dari mereka.

Segala yang terjadi adalah kehendak Dia
Memang benar,tapi jika kita mampu menepis,aku pasti hati tenang dan bahagia jika kita redha.Aku cuba untuk redha dan perlu redha.Aku sebenarnya cukup letih dengan sikap manusia berpura-pura.Yang pasti kita perlu berhati-hati.Manusia di depan manis..

Terpaksa terima dalam apa jua keadaan
Kita perlu telan..telan jek.Kita jangan buat pada orang, nanti Allah je balas..(pujuk hati).Belajar hargai orang yang menyayangi kita juga.Pasti tenang.

Feelin want to sleep...i guess dun want to do anything..adios

Noted: Dear girl yang bernama N%$&!@@a .. segalanya Allah balas di akhirat kelak.Bukti di dunia pasti ada so dun worry dan takut.

Wednesday, 11 December 2013

Ayuh!! Gathering Bloggers

Tik Tok Tik Tok..

Menghitung hari untuk berjumpa ramai bloggers seluruh negara. Apa yang menarik di sana ye..By the way aku dah share entri tentang gathering atau masuk link ini http://www.blogrrr.my

Apa yang menariknya semua business online yang merangkumi blogger-blogger tegar berkumpul di MIECC.Sila cari sendiri..waze kan ada...pin pin..
Ada kawan aku kata rupa waze ni cam oink oink


Anyway just wanna share with you all, why we should be there..heheh, jom jumpa aku ye..carik Booth no.26 then siapa yang datang tu, please recognize me..Rosniena dan akan mendapat special 'giveaway'.Hahah..poyo je kan...Masa yang ditetapkan adalah antara jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.So selepas waktu itu tak dapatlah 'giveaway' ye, tetapi will dapat special diskaun skincare C'est Belle. I love this product so much. Sebab setanding dengan SKII, organik, tertelan pun masih selamat..korang tak mati pun dan pastinya kulit jadi super moist,gebu dan cerah.

Dulu muka aku memang berkarat dan berpasir.Kulit kering sampai orang kata macam muka orang veteran umur 50 tahun.Jika kulit kering memang banyak kedutan.So sila jaga muka korang jangan pakai produk mengarut. Menyesal aku guna produk yang menghakis ni.Sejak anak dara aku dah biasa produk A-Z..memang kesannya amatlah disaster for long terms.

The best skincare tak perlu cari di kaunter shopping mall dan harga yang amat berpatutan.Boleh tahan at least 3 months, sangat berbaloi menggunakannya...jika berminat jumpa di Booth No.26


Kelebihan produk ini bukan sahaja sebagai skincare, pencuci muka juga boleh dijadikan merawat sakit tekak dengan megambil setitis pencuci muka dicampur sedikit air dan berkumur.Insha Allah..sakit tekak akan berkurangan.

Refreshing Cleanser
With Vitamin E, Tea Tree Oil and Propolist.
Water-based formulated with tea tree oil act as anti bacterial and anti fungi while propolist to relief damaged skins. Deep cleansing, easily absorb into your skin pores and gently removes your make up, foundation and grease for fresh, natural and healthy looking complexion. Wash off the dead skin epidermis leaving it smooth and velvety to the touch.
Wet face, dot onto your fingertips and massage for a few minutes and rinsed with water thoroughly. Once done, wipe face clean with facial tissue.
NOT090301234k

Skin Essence
With Herbal Extract Grape Fruit Seed, Strawberry and Mulberry.
A must-have for radiant, healthy skin with whitening formula. Rich with amino acid for repair of damaged skin and firming collagen cells to revitalize and restore natural skin renewal cycle to its normal 28 day cycle for optimal condition and complete nutrient absorption. Acts as anti-oxidant and anti-aging. Radiant, luminous and fairer skin after just four weeks.
Smooth onto face and neck in a circular motion until the booster is absorbed. Suitable for all skin types.
NOT090301232K

Skin Renewal Creme
With Virgin Coconut Oil (VCO) and Propolis.
A duo serum that gently reduces the appearance of fine lines and wrinkles in just 3-4 weeks, improving skin texture, restores moisture resulting in radiant, fairer skin tone. A firming serum that enhances the binding of skin cells in all directions and helps regain more youthful contours, enhances blood circulation and develops natural antibodies, Vitamin D for prevention of damaged skin. Heals wounds, scars for smoother skin. Glides on smoothly and permeates into the skin swiftly to deliver a long lasting dewy moist feeling.
Smooth onto face and neck using a spiral movement till thoroughly absorbed.
NOT090301233K

Monday, 9 December 2013

Anak Tidak Sah Taraf Wajar Diserah Kepada Keluarga Angkat

Assalamualaikum

Anak yang lahir ke dunia ibarat sehelai kain putih yang suci dan belum dicorakkan lagi.Kita sebagai ibu bapa dan orang dewasalah yang diberi amanah mencorakkannya untuk terus survive dan menjadi khalifah di muka bumi ini.Anak-anak adalah pinjaman dari Allah.Jika kita sebagai ibu bapa yang positif, anak pasti akan positif.
Teringat kata-kata ibu Rozieta iaitu pakar keluarga.Jika kita ibu bapa yang positif namun anak-anak menjadi negatif, ingatlah itu adalah ujian Allah.Maka istighfar...
Kehidupan masa kini amatlah berat dan banyak dugaannya..kita perlu memberi ilmu yang mencukupi agar anak-anak menjadi manusia yang positif.Cuba elakkan emosi negatif dalam diri mereka kerana kalau tidak ia akan menjadi noktah hitam dalam hidup mereka kelak.


Kenapa Wajar Anak Tidak Sah Taraf Diserah kepada Keluarga Angkat

Mungkin ramai tidak bersetuju dan sependapat dengan saya. Saya hanya memberikan pandangan sahaja. Saya menulis melalui pengalaman harian yang dilihat dan dirasai.

Kenapa saya menggalakkan anak-anak yang tidak berbapa diberikan kepada keluarga angkat adalah untuk mengelakkan emosi anak cedera sebelum tiba masanya. Maksud saya tidak berpada ialah anak yang terhasil dari zina. Islam tidak mengiktiraf sesiapa pun menjadi bapa kepada anak ini walaupun lelaki menzinai ibunya itu telah menikahi ibunya.

Anak tidak bersalah, tetapi kenapa ia dihukum untuk bersedih sepanjang hayat, berhadapan dengan ejekan dan umpatan di awal usia kehidupan?

Sekarang ini mykid sudah dimansuhkan, maka segala urusan melibatkan sijil kelahiran sehingga layak anak itu mendapat kad pengenalan.

Apabila segala urusan kesihatan dan persekolahan menggunakan sijil kelahiran, samalah kita mengkhabarkan kepada dunia bahawa anak ini adalah anak tidak sah taraf, anak ini maklumat bapanya tidak diketahui.

Apabila anak itu bersekolah, dengan keadaan di mana setiap tahun anak-anak perlu menyerahakan salinan sijil kelahiran kepada guru kelas, samalah kita menyuruh anak itu mengetahui dirinya tidak mempunyai bapa seawal usia 7 tahun.

Apa perasaan anak itu?

Anak yang tidak mempunyai bapa dikatakan anak yatim, anak yatim dari pernikahan yang sah
ada nama bapa dan ada kubur bapa. Tapi anak tidak sah taraf ini, tidak berbapa, bolehkah disebut anak yatim? Usahkan bapa, nama bapa pun tidak ada ditulis di dalam sijil kelahiran. Alangkah berdukanya anak itu dari seawal usia kanak-kanak dan kesannya membawa sepanjang hayat.


Keadaan ini berbeza sekiranya anak diserahkan kepada keluarga angkat terutama keluarga angkat yang belum mempunyai anak. Apabila anak ini dipelihara dan tinggal bersama keluarga angkat sehingga berusia 2 tahun atau lebih, keluarga angkat boleh memohon penukaran sijil kelahiran kepada sijil anak angkat dengan JPN.

Bukan semudah kopek kulit kacang juga urusannya, perlu lalui temuduga oleh JPN. Sekiranya ketika temuduga, pihak JPN tidak berpuashati, mereka akan merujuk kepada pihak JKM pulak.

Apabila permohonan pengangkat anak diluluskan , Sijil Kelahiran Asal anak akan diambil oleh JPN dan diganti dengan Sijil Pengangkatan Anak. Pada sijil pengangkatan ini, maklumat bapa tidak diketahui akan lupus dan tidak dinyatakan lagi.

Jika dari kecil anak itu dipelihara oleh keluarga angkat, maka anak itu lebih maklum dan bersedia menerima takdirnya. Anak itu tahu dari kecil bahawa dia hanya anak angkat. Tidak ada sesiapa pun tahu status dia anak tidak sah taraf. Samada kawan-kawan atau guru-guru. Emosinya tidak cedera apabila dia tahu dia adalah anak angkat sedari dia kecil lagi.

Walau bagaimana pun hubungan anak dan ibu kandung tetap seperti biasa. Ibu kandung berhak menziarahi anaknya bila-bila masa. Keluarga angkat sepatutnya menerima ibu kandung anak itu sebagai sebagai ahli keluarga mereka.

Jika ibu kandung berkahwin, suami ibu kandung boleh diperkenal sebagai bapa (mereka telah menjadi mahram seperti anak dengan bapa tiri, selagi anak itu belum sampai usia sepatutnya dia tahu, biarlah dianggap sebagai bapa)

Semua keadaaan ini adalah untuk keharmonian emosi anak yang tidak bersalah tetapi keadaan telah mentakdir mereka begitu.

Dan sekiranya anak itu perempuan, ketika bernikah , bapa angkat boleh menggunakan wali hakim dan anak itu pun tidak banyak bertanya kerana tahu bapa itu hanyalah bapa angkat. Anak itu memang sedia maklum dan tahu bahawa bapa angkatnya tidak boleh jadi wali pernikahan walaupun mungkin telah menjadi bapa susuan.


Ibu mana tak sayang anak, disebabkan sayanglah berilah peluang untuk anak itu hidup sempurna seperti keluarga lain, ada ibu dan ada bapa. Jangan cederakan emosinya sepanjang hayat.

Saya yang memelihara beberapa hari pun bersedih melihat keadaan bayi, apatah lagi ibunya sendiri yang mengusung dalam rahim selama 9 bulan.

Walaupun anak diserahkan kepada keluarga angkat, nasab anak dengan ibunya tetap sampai akhirat. Tidak ada sesiapa berhak menapikan hak ibu kandung keatas anaknya. Hanya di dalam perundangan, apabila telah diserahkan kepada keluarga angkat, ibu kandung tidak boleh menuntut semula anaknya itu. Ibu kandung memang sedia maklum hal ini ketika penyerahan di lakukan. Namun di dalam Islam, nasab dan hak pewarisan harta anak kekal dengan ibunya.

Ingin saya mencadangkan kepada keluarga angkat, anggaplah kamu sedang melaburkan saham akhirat. Kos penjagaan dan pendidikan anak angkat ini ibarat kamu bersedekah. Jika diberikan didikan yang sempurna, anak ini tetap mengenang jasa ibu bapa angkatnya sampai bila-bila.


Ibu bapa yang mengasuhlah yang akan mewarna anak itu. Jika anak yang diasuh itu baik, ibu kandung dan ibu bapa angkat mendapat ganjaran pahala. Namun sekiranya anak-anak itu disia-siakan, agama dan akhlaknya buruk, keluarga angkat yang menanggung akibat kerana mereka yang mencorak dan mendidik anak tersebut.


Kredit: Umi Munaliza (Islam Untuk Semua HALAQAH)


Saturday, 7 December 2013

Sandiwara Cinta

Sandiwara Cinta


Republik – Sandiwara Cinta
Lirik Lagu Republik - Sandiwara Cinta

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Thursday, 5 December 2013

Derma Untuk Mangsa Banjir di Pahang



Berhati-hati jika anda transfer duit menderma kerana takut itu adalah akaun personal penipu.Kalau nak membantu pergi ke tempat yang boleh dipercayai..


Bagi anda yang ingin menderma pakaian/makanan/ubat-ubatan buat mangsa banjir di Pahang, anda boleh menghantar pakaian yang telah diasingkan mengikut gender/size kanak-kanak/bayi/dewasa ke PEJABAT IKRAM Gombak, 567A&B, Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra, Batu Caves. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 0192862800 (Encik Shahrin). 
Jika anda di kawasan Bangi, anda boleh menghantar ke Sekolah Kebangsaan Seri Putra, Bandar Seri Putra sehingga jam 11pagi esok




Keadaan banjir di Pahang


Kuala Jengai,Dungun

Source:Facebook

Ya Allah Kuatkanlah Semangat Mangsa Banjir

Allahuakbar!!!!

Sedih baca, macam nk turun padang ke sana je... Sedih juga sebab family berada di sana.... saudara mara, sahabat2 juga ramai di sana...

Mendengar berita mereka semua berpindah ke sana sini utk menyelamatkan diri... sedihh..

Alhamdulillah, setakat ni family saya di sana selamat..

Semoga semua mangsa di sana juga selamat...

Info terkini, rumah ma abah di permatang badak dah separuh ditenggelami air, air dah kat tingkap...

Barang suma tak dapat diselamatkan... sempat campak pasport n beberapa bnda je... tak sangka pula sampai teruk macam ni.. sebelum ini tak pernah pula...

Haritu pon keluar dgn sehelai dua baju je... kesian baby hawani..

Mesin basuh, freezer yg diangkat juga mungkin dah terbalik kot ditenggelami air... tv,peti ais, sofa, kerusi, meja, almari, katil, baju2, pggang mgkuk, barang baby ank buah yg bru lahir juga mesti dibanjiri air n rosak... Banyak lagi kerosakan yg berlaku..

Paling sedih, ada beberapa dokumen penting dlm laci yg tak sempat diselamatkan, surat beranak, sijil spm adik juga ada di situ.... kata mak saya...

Kereta di atas jalan juga khabarnya air dah sampai seat... MasyaAllah.... subhanallah...Allahuakbar...

Moga Allah lindungi semua mereka yang berada disana...

Status facebook rakan sepejabat ini cukup menyentap perasaan.Alangkah beruntungnya jika aku dapat ke sana membantu tapi tak mampu.Sangat simpati dan sedih dengan keadaan banjir di negeri Pahang, Terengganu dan Johor.
Apa tindakan kerajaan sekarang? Berhimpun dan gelak ketawa di sana, tetapi di negeri terlibat ramai menangis...hello...hello...orang kaya dato datin tan sri..

Bekalan makanan terputus di Kuantan. Kasihan melihat kanak2 kelaparan. Baby xcukup makanan. Warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan tak menang tangan. Tempat penempatan mangsa banjir pun dinaiki air. Tiada alternative selain terpaksa bertahan dalam air. Kasihan pd baby & warga emas lah... Suasana gelap & sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pun kurang. Kami yg jd sukarelawan ni, petang tadi baru dpt makan sebab bekalan makanan tak cukup. Harap2 makin pulih. Tapi info yg kami dpt Magrib tadi, gelombang kedua akan bermula malam ni. Dalam berita Perdana, mereka tak bagitahu hal ni sebab takut orang panic. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik sekali lagi. Dalam berita just bgtau amaran hujan peringkat Jingga. JPA tak menang tgn. Elektrik di sesetengah tempat dah ada tp kebanyakannay tak ada lagi. Sesiapa yg masih ada duit di tgn, keluar sendiri beli makanan. Kebanyakn kedai buka sekejap je utk org beli apa yg patut. Sedi tgk keadaan ni, sayu hati.... Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat ptg td, makan nasi kawah lauk ikan masin jer. Buat masa ini, askar dgn bomba supply blanket tp tak cukup. Kawasan aku banyak dibantu oleh askar. Baru dapat berita sat ni tadi... kebanyakna lori yg bawa telur & roti ditahan di kawasan Maran & ditawarkan harga dua kali ganda dr harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal. Budak2 duk menangis je kelaparan. Area Sg Isap, Jln Gambang, Permatang Badak & Chendering tempat paling teruk. Kemusnahan harta tertinggi setakat ini. Bekalan makanan masih belum sampai. Doakan kami semua selamat. Terkini ada berita, ular masuk ke tempat pemindahan mangsa banjir. Tapi tak pasti di Pusat yg mana satu. Banjir besar yg teruk, kemusnahan harta benda besar2an, haiwan ternakan mati bergelimpangan.... ‪#‎Kompilasi‬update dari salah seorang sukarelawan di Kuantan. Mohon doakan saudara2 kita di Kuantan. **kes makin kritikal but the gov???

Credit:
Fatihah Abdullah 

Alhamdulillah DS Najib akan turun melawat ke kawasan banjir di sana..moga ada perkembangan yang positif dan memahami kepayahan yang dihadapi oleh rakyat.

Najib Razak · 2,000,494 like this.
40 minutes ago · 
  • Saya dalam perjalanan untuk meninjau keadaan banjir di Rompin, Pekan dan Kuantan. Saya diberitahu anggota-anggota keselamatan kita sedang bertungkus-lumus memindahkan mangsa-mangsa ke tempat selamat dan memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan mencukupi. Paling mustahak, sila patuhi arahan keselamatan dan berjaga-jaga dalam keadaan kecemasan seperti ini.

Fida Amanda Dhalilah Rufiah Hj Bahrum, mmg akan ambik bantuan, sebab semua harta benda dah musnah..klu filipina dia bagi rm2juta..tengoj untuk rakyat dia sendiri..rumah semua kereta semua musnah..ko tak rasa senang cakap banyaklah..anak dalam pantang tak cukup susu, sebab mak tak makan..dia orang ambikberas dalam rumah dengan arung air..ko tak rasa..sedih..yang tak dapat bantuan pun ramai..jangan cakap banyak.,jangan nak menyalak sangat..

Harap para pemimpin memahami kepayahan yang dihadapi oleh rakyat...sila turun padang semua..JENTERA!!!


Credit:Najib Razak

Tuesday, 3 December 2013

Hey Blogger Jom Join Blogrr


Jom kita ramai-ramai ke event Blogrr pada 14 Disember ini.Ada banyak booth especially for online business.So blogger yang nak sewa tapak tu cepat-cepat book your booth at Blogrr

Apa yang menarik is the AWARD..ada 10 kategori korang boleh masuk..tapi sila vote blog aku ye..ngehngeh.Nak juga terasa dicalonkan walau blog aku tak seberapa.

Masa ni juga korang boleh jumpa ramai bloggers.Sharing your knowledge in watever disciplines and expertise.This is the suitable time we can gathering..


You also can meet artists!!SURPRISE...check at the BLOGRR ok

the event
blogrrr: Blogger Most Wanted 2013 is an event to appreciate and acknowledge Malaysian blog writers in utilising information technology advancement in Malaysia and become the representative of Malaysia's voice in the virtual realm.

It is a unique gathering of bloggers and other social media community hailing from various interest, including personal and businesses. This event will provide a platform for the community to share knowledge and experiences as how to redefine what a blog is, and how it can influence people.

There will be 12 mini seminars during the event. Each topic will be very useful, practical, and informative to guide you in blogging acivities.

This inaugural event will gather around 10,000 bloggers and visitors. This event will definitely be an eye opener for participants to gain the knowledge and exchange ideas, as well as foster business relationships. 

why shouldn’t you miss blogrrr 

  • Opportunity to meet readers and followers
  • Finding out everything you need to know about social media
  • Understanding the power of social networking
  • Educate the people on the pros and cons of blogging
  • Discovering proper etiquette and handling of blogs
  • Obtaining knowledge for growing business with the latest social media    technology, methods and tools
  • Improving the look and functionality of online content
  • Building your brand using social media
  • Communicating effectively with the blogging community
  • Interacting and networking with a mix of social media experts, business
       bloggers, and brand marketers


  • the venue
    Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) is Malaysia’s premier exhibition venue located just 20 minutes from Kuala Lumpur City Centre and 30 minutes from the Kuala Lumpur International Airport, this exhibition centre is complemented by 5 star resort hotels, a shopping mall, a championship golf course and other facilities located within the Mines Resort City.




    Promosi Disember:OmegaGuard SHAKLEE



    Apa kelebihan OmegaGuard Shaklee?

    MY ID:1079123




    Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

    Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA

    Kebaikan Omega



  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Perkembangan otak terutama kanak-kanak (bijak bistari)


  • Siapa yang wajar dan sesuai makan Omega?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat




  • Monday, 2 December 2013

    Sajak Anak VVIP Yang Meninggal Di Kondominium Keluarga

    Menuntut Hak Menebus Masa Silam

    Alfatihah buat Arwah Khaled moga diampunkan dosanya dan dicucuri rahmat



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...