Check This Out Babe!

Wednesday, 29 August 2012

Bloggers Semua:Saya Suka Produk Tupperware

Assalamualaikum

Aku mula menggunakan Tupperware sejak kahwin dan kini memang pengguna tegar produk storage barangan jenama Tupperware. Even pergi mana-mana kalau bawak Tupperware mesti aku cari dan pastikan dibawa pulang.Mahal tu babe..Lesson learnt aku, siapa yang pinjam Tupperware mesti buat harta sendiri lepas tu.

Oklah Tupperware ada keluarkan 2 jenis produk yang memang mudah, pantas dan efficient untuk membuat kerja.

Kempen kali ni ada TAda.............

Turbo Chopper dan Kitchen On The Move






Sesuai sangat bagi ibu yang bekerja dan bapa surarumah. Nak buat sambal belacan/petai/bilis pun mudah.Lebih-lebih lagi memarut untuk buat inti popia or masak lodeh. Apalagi kenkawan jika berminat boleh order. Harga sebenar both barang seperti tertera di bawah

Turbo Chopper RM129.00

Kitchen On The Move RM171.70 (Limited release ye)

Special to All Bloggers..jika mahu produk tersebut akan ku bagi harga diskaun yang special (rahsia)...please call me 019-2562460or email me mawarbiruairlaut@gmail.com ok

SEMENTARA STOK MASIH ADO!

Susuk Dara Laris Di Hari Raya

Waduh..selepas raya ni ramai bener yang mencari-cari stok Susuk Dara.

Before balik kampung memang aku dah re-stock Pengantin Dara, Aku Dara dan Susuk Kekal.Tapi yang
paling syiok is Feminie wash memang sedap berangin dan rasa macam nak terbang jek.Bau dia pun sedap wangi jek,apatah lagi bila digunakan sebagai pencuci keintimanmu..ehehe.

Maaf kepada para pelangganku.Masuk minggu ni dah ramai mencari-cari stok jamu. Tapi semua dah habis stok..maklumler kami sambil beraya berbusiness juga.

Sesiapa yang nak Jamu Susuk Dara sila maklumkan kepada saya dengan kadar segera untuk book order dulu.

CEPAT! CEPAT!
http://twinniesshoppe.blogspot.com/


Tuesday, 28 August 2012

Happy birthday to my lovely twins



HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY TWINS!

Semalam birthday budak kecik dua orang ni maka genaplah 2 tahun. Tapi kitorang dah sambut birthday in advance dengan makcik dan cousin dia sekali di kampung semasa raya.Malam pertama raya kami potong cake ramai-ramai sambil mendengar dentuman mercun dan bunga api.


Semalam bawak budak dua orang ni jalan-jalan.


Kesian budak dua orang ni lapar, tunggu Papa lambat sangat kerana ada urusan


Makan roti Gardenia..inilh favourite mereka


Cake birthday diorang.."rainbow cake'


Semua lahir in August


Rainbow cake from my neighbour

Friday, 17 August 2012

Naturactor dari MEIKO



Siapa yang suka pakai produk Naturactor.Grab this opportunities as soon as possible.





Lately ramai orang gemar menggunakan cover face keluaran MEIKO.Macam-macam info yang aku peroleh tentang produk ini yang mengatakan produk Naturactor banyak diciplak dari China. Sumber yang aku dapati MEIKO ada juga pengeluar dari China.Means version negara China, the ingredients tetap sama. Version Jepun tak banyak pilihan compared dari China. Tapi apapun muka orang Cina dan Jepun memang cantik..jeles i


'saya ambik naturactor direct dari china. mmg ada yg ori china. saya dpt pun dari supplier kat naturactor.com tue and dia carikan dealer dri china yg boleh supply ke malaysia. x semua supplier dari china boleh supply brg ke malaysia. and pengeluar x boleh supply direct kat kita sbb melanggar perjanjian ngan naturactor jepun. maklumat nie pun saya dpt dari pengeluar naturactor china. banyak perbezaan yg ori n x ori. nnti saya attachkan ngan akk. awl bulan 9 nie saya nak oder kat sana. kalau akk berminat boleh masuk senarai sekali. saya pun dah baca entry2 yg mengatakan product x de di china. akk boleh tgok kat naturactor jepun, kat situ ada alamat pengeluar china.'

Sumber dari Azlenda Jaffar azlenda80@yahoo.com (you all boleh order dengan beliau)

Lagipun banyak produk dari P&G pun dari Thailand maka tak kisahler dari negara mana 
yang penting kualiti dan kesesuaian harga serta keserasian kulit

p/s:Kryolan so heavy to my face..rasa muka nak jatuh,tapi Naturactor memang selesa,light and soft.

Wednesday, 15 August 2012

Follower Ke 123 Tahniah hainom OKje!


Tada..........memang suka hati aku nak buat surprise kan?Aku mendapati no 123 ini memang cantik.Bukan kerana nombor ekor tetapi kerana follower kali ke 123 adalah blogger hainom OKje.Akak ni memang cool and steady..sangatlah santai.

Dalam blog beliau menggelarkan diri OKje.
Mesti Cik akak ni seorang yang tak kisah dan sporting..apa apapun semua OKJEEEEEEEEEEEEE


Akak OKje..sila hubungi saya untuk dapatkan hadiah istimewa dari saya..mawarbiruairlaut@gmail.com

SURPRISE!!

Al-Fatihah Jadi Doa Makan


Malam tadi solat tarawikh berjemaah di rumah.Si kembar ni mesti sibuk dan berkata 'Allahu Akbar' berulang kali.Tu maknanya solat. Sekarang ni belum lagi 2 tahun dan macam-macam gaya diorang buat. Si adik dah mula pandai menyebut ayat panjang 'Sembahyang'.Lepas ni lagiler banyak perkataan dia belajar.Actually kembar dah banyak perkataan sebut dan dah pandai buat ayat.

Masa Imam tengah baca surah Al-fatihah tiba-tiba Munirah pun baca..Bismillah..then baca doa makan..Semua orang pecah perut lepas solat.Alhamdulillah..doa makan dah pandai..Al-fatihah takat awal dan hujung-hujung je.Untuk dapatkan anak yang bijak kita kena rajin dan lagi bijak.That's parents.

Orang Mula Bercuti Tapi Diriku..

Assalamualaikum

Hari ini ramai dah mula bercuti. Bagus juga bila ramai dah pulang ke kampung terlebih awal.Sekurang-kurangnya jalan raya tak sesak dan senang nak shopping.Shopping...tak habis-habis lagi nak shopping.Raya kali ini kami utamakan anak-anak.Aku lebih suka anak-anak yang pakai baju cantik dan comel.Mama dan papa dah shopping tapi setakat cukup syarat. Baju Melayu memang tak tempah tahun ni sebab hubby aku cycle baju tunang.Oh no!Lama gila baju tu.Tapi sebab terjaga rapi dan cantik lagi.Anyway dulu setiap tahun buat baju Melayu baru.Aku rasa hampir semua warna ada.Jadi pusing balik warna-warna tu.Kitorang dah tak tahu warna apa nak buat dah.Tahun ni warna apa ye?Tunggu...tak surprise lak nanti.Hahahah..aku buat baju kurung pun takat syarat nak pakai buat pi kerja.Buat baju vogue2 ni bukan ada function ala2 Mak Datin ke apa.Tapi ada gak aritu beli kat boutique Bjuti kat Maju Junction.Tu pun sebab adik ipar kahwin..maka merangkap baju raya sekaliler.Okler tu..Kita ni kena belanja berhemah.Apa yang penting beli sesuatu untuk jangka masa panjang.

Twin 1



Bab makan pula aku tak kisah dan berkira.Nak makan hotel ke apa, kitorang pi je makan.Selagi sihat dan tahu nak flush balik toxic2 tu semua kitorang makan jek.

Kepada yang akan pulang ke kampung semoga selamat sampai ke destinasi dan bagi yang beraya di kota..sure heaven sebab tak ramai orang dan kereta.

p/s:Dulu beraya di Putrajaya..senyap sunyi jek dan BOSAN!!

Twin 2

Monday, 13 August 2012

Kesan Peperangan


Aku bersyukur Malaysia tidak seperti keadaan ini buat masa ini.Jauhkanlah Malaysia seperti ini kasihanilah anak cucu cicit kita. Ya Allah selamatkanlah mereka..

Mahu Nangis!!

Ibu Hans Isaac Telah Tiada




Semoga Hans Isaac tabah menghadapinya. Ibu beliau telah tiada. Semoga mendiang bersemadi dengan tenang dan aman di sana.



Sumber adalah dari Afdlin Shauki


p/s:Ibu beliau sebelum ini menghadapi barah kan.

Friday, 10 August 2012

Siapa Mau Susuk!


Dapatkan produk ni cepat!!Memang macam pisang panas. Bulan puasa ni memang banyak permintaan. So far stok yang ada Jamu Aku Dara, Pengantin Dara,Susuk Kekal, Masker dan Feminine Wash (kasi lagi bersih dan wangi)

Maklumlah bila dah raya lebih berseri-seri dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Maklumat lanjut boleh layari http://twinniesshoppe.blogspot.com/

Wednesday, 8 August 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...


Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...

Come and join this contest dear!


Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words ................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted viaCONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash. 
PRIZE x 2

AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)


Best tak hadiah dia..dapat RM50 boleh beli Susu Twins dan kismis tu elok untuk perkembangan otak

Aktivit Berbuka Puasa 2:The Grand Ballroom (De Palma)

Assalamualaikum

Kali ini aku berbuka berdua dating bersama cik abang. Lepas balik kerja semalam hubby ajak buka puasa luar. Twins kat rumah mertua..dengar cerita mengamuk dan meragam sebab kami tak pulang-pulang.
So far ok makanan di sana.Masakan Melayu dan dihiburkan oleh Jay Jay dan Saff-One.Sebelum waktu berbuka puasa ada tahlil dari pelajar madrasah Sg. Limau.Harga sekepala RM68 dan makanlah sepuas hati.Tapi sayang udang dan ketam tak fresh.Ayark..



 Persembahan dari Jay Jay dan Saff One

Sempat lagi snap dengan HTC

Menunggu waktu berbuka

Chicken Bulbogi in da making (ada resepi tak?)

p/s:Tak sempat upload gambar makanan..lenkali ek :P

Aktiviti Berbuka 1:Restoran Puti Bungsu Batam

Assalamualaikum

Kali ini kami berbuka di Restoran Puti Bungsu Batam. So far memang enak dong..memang berbaloi dan harga berpatutan.Korang boleh pilih lauk apa, atau diorang akan letak semua jenis makanan atas meja.Makan je..then bayarlah.By the way, bayar lauk bila makan.Kalau korang agak-agak tak makan lauk tu, tolak tepi jek..diorang tak masuk bil pun. Apa yang aku praktikkan..biarkan diorang letak lauk pauk tu di meja, then baru choose mana satu nak makan.Kalau 1st time pergi makanlah semua sebab nak tahu mana satu yang sedap.Kalau dah pernah pergi...kita tahu mana satu yang best. Harga untuk makan berlima dewasa tak masuk twins lebih kurang harga makan kat hotel 5 stars sekepala.Ok tak?



Aksi Si Kembar sebelum berbuka

Cheeky Munirah

Gembiranya


Masing-masing dengan gadget


Lawan mata dengan Mak Ngah ke Mairah?

Amboi tak sabar mau makan


 Paling best sambal hijau, daging goreng cili

Munirah Si Calar




Tuesday, 7 August 2012

Gambar Liyana Jasmay Yang Cute


Assalamualaikum

Bila agaknya boleh jadi macam badan Liyana Jasmay ni.Tapi kurus sangat..ehehhe.Tapi zaman before kawin takdelah kurus sangat camni.Sesedap rasa untuk dipeluk okler kan


p/s:Awak tu puasa..jangan tengok bukan-bukan..heheh

Saturday, 4 August 2012

Rezeki Bersama Eqbal Zack!



Assalamualaikum

Sebenarnya dah beberapa hari aku terima kad raya dari Blogger EqbalZack. He's a lecturer from UPM and now doing his Phd. Bila pula agaknya turn aku untuk sambung Phd.So Eqbal..please share ur knowledge and experience with me..Mintak semangat sikit.
ANyway I'm really appreciate him because he appreciates his followers.Kene main balas-balas plak.Itulah tandanya kawan blogs. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Frankly speaking aku sedari Eqbal Zack tidak memilih bulu bloggers and have a good communication skills even in blogs and reality.He's a good idol for others actually.Some bloggers pilih bulu.Aku rasalah..sebab ada bloggers yang dah high level..oo dulu dia pun low ranks jugak, takde masa nak layan followers.Cuma certain blogger otai yang faham dan tau situasi dunia sekarang.Ntah2 aku pun sama bila dah glamour..oops..taknak glamour2 ni..bukan bawak ke mati pun nanti.Semua tu duniawi.

Dan tanpa disangka aku memenangi EqbalZack:Brisbane Giveaway Alhamdulillah..rezeki di bulan Ramadhan.

Dah lama tak dapat kad raya..Akhirnya

Alhamdulillah..

Thursday, 2 August 2012

HTC One memang Awesome!


Assalamualaikum

Malam tadi hubby ku suruh bersiap dengan kadar segera sesudah berbuka. Aku bilang, nak pi mana ni?Dia bilang...asyik bilang je..ingat 123.Dia kata ikut je cepat skit siap.So twins nak bawak tak?Kataku..Baby tak payah, suh masuk bilik.Suruh masuk bilik tu perkara biasa bila mana kami nak keluar tanpa si kembar.Kalau tidak meraung tak cukup udara.

'Bibik!Masuk bilik!Jeritku..Baik buk!Bila twins dah masuk bilik,kami pun jalan berjengket-jengket pergi ke pintu dan masuk kereta.

Aku kata 'Kita nak pi mana ni?'

Alam Sentral! Kata hubby..Dah lama benar aku tak ke sana,mesti heaven dengan baju It's time to shopping..Shoppingler sangat rupa-rupanya, hubbyku nak beli telefon. Tapi dia beli Blackberry Torch sebab senang nak berBBM dengan officemates dan bosses dia.Telefon dia dah lama kejung..Nokia Expressmusic, so dia pakai handphone yang takat RM90 ada torchlight. Nama tetap ada TORCH.

Aku pun nak gak telefon baru sebab telefon aku kena off on baru bole dapat message.Jenis sama juga Nokia ExpressMusic.


So apa yang aku pilih is HTC One..memang awesome!Sebab gambar cantik, memory besar, user friendly,boleh main game, internet dan yang penting processor lebih ok dari Samsung..huhu.Bukan kutuk ye..ia bergantung kepada tahap kemampuan masing-masing.
Anyway, telefon HTC ni banyak digunakan dan dikenali di US compared Samsung dia pasaran Asia.Padahal baru berapa jam je aku pakai..Oh..kesian laki aku, telefon Blackberry yang dia beli tu speaker tak kuat...adoiii
Lepas ni kena pi kedai tu balik..kalau tak Pulangkan!

p/s:Gila kentang kami beli Galaxy Tab 2 10.1.Ni sebab nak bagi twins main..boleh gitu?Takpe..papa banyak duet..



Apalagi..dapatkanlah HTC One ni..memang ada banyak version paling terbaru HTC One Y

Wednesday, 1 August 2012

MISS-V INTIM GEL SUSUK DARA

MISS-V INTIM GEL..berfungsi membantu mengembalikan intimasi/ghairah wanita. Gel berubat yg diadun dgn herba tradisional membantu menyuburkan dinding faraj dgn melancarkan peredaran darah pada tisu2 lmbut didinding faraj. herba akan mengaktifkan sel2 sensitif faraj setersunya meningkatkan ghairah terutamanya di bhg 'clitoris' spya lebih berghairah. amat elok utk mereka yg sudah menopos, faraj kering dan wanita yang tidak bernafsu tidak kira usia. gel ini berubat dimana ia bole mencegah dan mengubati fungus di dlm faraj lalu mencegah keputihan.


Yang Pregnant boleh guna juga


RM56


1) MISS-V INTIMATE GEL (RM56.00) -


-> mengetatkan bahagian intim
-> mengAKTIFkan sel2 di "vagina canal" atau laluan vagina spya lebih sensitif.
(Ramuan herba akan melancarkan peredaran darah sehingga ke "kelen***"
dimana ada satu titik ghairah dipaggil "G-SPOT" lalu memberikan kepuasan maksimum)
-> meMATIkan fungus2 dan bakteria di dlm vagina lalu mencegah terjadinya
keputihan - bersih dinding vagina (menggebu dan subur serta lembab kembali
-> mencegah bau ditempat sulit
-> wanita yg masih muda tetapi hilang ghairah kerana hilang kesensitifan terutamanya
selepas bersalin.
-> mencegah faraj kering (gel akan menyuburkan dan mengembalikan kelembapan semulajadi)
-> Menghampiri peringkat menopos / telah pun menopos.

Gel BERUBAT ini dapat MENGEMBALIKAN keremajaan vagina dan mengembalikan keghairahan yg semakin lupus... insyaallah
BOLEH DIGUNAKAN OLEH WANITA BERKAHWIN TANPA MENGIRA USIA

Cara pengunaan: Picit gel ke jari penunjuk saiz sebesar 10sen dan masukkan ke dalan bahagian intim dan nikmatilah kepuasannya!!







Ada pengguna yang was-was nak pakai jamu "RAHSIA PENGANTIN DARA" sbb kena insert/masukkan dalam faraj. Antara soalan2 dari pengguna:

SOALAN:
Kak smlm sy dah mskkn. Sblh kanan k lh katakn tp sblk kiri masyaallah smpi kemek kapsul 2 sy buat. Tp bila jari dkluarkn ada serbuk kat jari kemungkinan kapsul 2 dah pecah. Mcmna ye & lps 2 rasa berangin kat faraj ...? Lg satu sy pun x tahu keddknnya btl @... x *****

JAWAPAN:
tak apa..mmg kat dlm nti dia pecah sbb kapsul larut. takyahlah smpai pksa2 sgt, agak2 sudah. RAHSIAnya ialah lender, keputihan dan air becak akan bergumpal dgn serbuk herba tu dan mnjadi ketulan2 kecil. Dinding di pangkal rahim akan mnjadi bersih. Dlm masa 3 hari kita korek n kluarkan. Ada tu dia akan kuar menerusi kencing. sekiranya kesat, sapukan jari ngn minyak masak dan korek. rahsia mudah yg tak trpikir oleh kita di zaman moden. Org dulu2 sbb takde doktor, nak tak nak faraj kena jaga sendiri. Org skrg trlalu harapkan doktor tau2 faraj dah nazak.. takkanlah itupun takut dan sakit. ini sume permainan minda. Jadi saya nasihatkan mulai hari ni, jagalah faraj kita. Jangan tunggu sampai lender, air busuk meleleh kluar sendiri baru nak amik tindakan. Itupun sambil lewa pakai pantyliner jer..tak terpikir ke yang rahim kat dalam tu dah bonyok semacam. Tu sbb zaman moden ni ramai yg kena kanser pangkal rahim...puncanya dari sikap kita juga yang tak ambik kisah sebab “benda tu kat dalam”...

Tahniah Dr Halina Kerana Hamil Anak Kedua



Tahniah buat pasangan Angkasawan Negara iaitu Dr. Halina kerana telah hamil anak kedua. Ramai juga rakan-rakanku yang telah mengandung pada tahun ini. Semoga kalian mendapat anak yang soleh dan solehah. 


Bagi yang sedang berusaha jangan putus asa dan patah semangat.Usaha, doa dan tawakal kepadaNya.Setiap manusia ada rezeki masing-masing, lambat atau cepat. Allah mahukan yang terbaik buat diri kita.


p/s:Bila dia akan hadir dalam diri ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...